E-PENGELUARAN KWSP 2024 CARA MOHON

E-Pengeluaran KWSP 2024 – Terdapat berbagai langkah bantuan yang diperkenalkan oleh Kerajaan pada e-Pengeluaran KWSP Tahun 2024, termasuk jenis pengeluaran KWSP yang dapat dilakukan sesuai dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP.

Anda sebenarnya diizinkan untuk menarik dana dari akaun 1 KWSP untuk keperluan peribadi, termasuk pembinaan atau penambahbaikan rumah, keperluan pendidikan, dan tujuan lainnya.

Secara ringkas, e-Pengeluaran membolehkan pencarum mengeluarkan sebahagian dari simpanan mereka untuk tujuan tertentu yang telah disetujui oleh KWSP.

E-Pengeluaran KWSP

Untuk mereka yang ingin menggunakan sebahagian daripada simpanan KWSP, terdapat beberapa alasan yang membolehkan anda melakukan e-Pengeluaran dari Akaun 1 & 2 KWSP. Di bawah ini, kami berikan senarai-senarai yang memperbolehkannya.

Tujuan e-Pengeluaran KWSP

Bagi anda yang belum tahu, kini anda boleh buat pengeluaran simpanan akaun 1 KWSP bagi urusan-urusan berikut;

1. Pengeluaran untuk membeli rumah
2. Pengeluaran untuk membina rumah
3. Pengeluaran untuk menyelesaikan baki pinjaman rumah
4. Rawatan perubatan
5. Pengeluaran untuk menyelesaikan PTPTN
6. Pengeluran untuk pendidikan1. Membeli Rumah

e-Pengeluaran KWSP Membeli Rumah

Bagi yang hendak membeli rumah, KWSP membenarkan ahlinya membuat pengeluaran dari Akaun 2 bagi tujuan membiayai pembelian rumah. Rumah yang hendak dibeli itu merangkumi jenis banglo/teres/berkembar/apartmen/kondominium/apartmen studio /apartmen servis/townhouse/SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman di Malaysia.

Dibawah merupakan ciri-ciri rumah tersebut :

• Banglo
• Teres
• Berkembar
• Apartment
• Kondominium
• Apartment Studio
• Apartment Servis
• Townhouse
• SOHO atau rumah kedai dengan unit kediaman.

e-Pengeluaran KWSP Membiayai Pendidikan

Pihak KWSP turut membenarkan para ahlinya memilih untuk mengeluarkan simpanan daripada Akaun 2 bagi membantu membiayai pendidikan sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak dan/atau ibu bapa di institusi dalam dan luar negara yang diluluskan.

e-Pengeluaran KWSP Perbelanjaan Kesihatan

Untuk ahli yang berdepan dengan masalah kesihatan, mereka boleh membuat pengeluaran daripada Akaun 2 untuk membiayai kos perubatan penyakit kritikal.

Atau peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan juga rawatan kesuburan.

e-Pengeluaran KWSP Menunaikan Haji

Bagi para ahli yang beragama Islam, pengeluaran dari Akaun 2 adalah dibenarkan untuk tambahan kepada simpanan di Lembaga Tabung Haji (LTH) sebagai perbelanjaan.

Cara Membuat e-Pengeluaran KWSP Online

Untuk membuat pengeluaran Akaun 2 KWSP bagi tujuan-tujuan di atas, anda boleh buat secara online melalui e-pengeluaran. Anda perlu Daftar i-Akaun terlebih dahulu untuk menggunakan e-pengeluaran.

Bila dah daftar i-Akaun, ikuti langkah berikut untuk buat e-pengeluaran:

1. Log masuk ke i-Akaun KWSP
2. Klik menu ‘Pengeluaran’
3. Kemudian klik ‘Permohonan Baru’
4. Pada bahagian Jenis Pengeluaran, sila pilih tujuan pengeluaran anda (Membina/membeli rumah atau sebagainya)
5. Pada Nama Institusi sila pilih nama bank tempat anda membeli rumah/ yang berkaitan.
6. Klik Seterusnya dan ikut langkah sehingga selesai permohonan pengeluaran
7. Dalam masa beberapa hari, anda akan menerima SMS yang menyatakan anda perlu ke KWSP untuk urusan pengesahan cap jari.
8. Keputusan pengeluaran akan mengambil masa 10 hari bekerja.

Maklumat Lanjut

Setiap anggota KWSP berhak mendaftar di dalam i-Akaun, sebuah sistem atas talian yang memungkinkan interaksi dengan institusi kewangan penyimpanan ini.

Antara ciri utama i-Akaun adalah e-Pengeluaran iaitu permohonan pengeluaran simpanan KWSP secara atas talian.

Maklumat lengkap berkenaan perkara-perkara berkaitan faktor kebenaran pengeluaran KWSP boleh dirujuk disini.

Dan tatacara menggunakan e-Pengeluaran (i-Akaun) boleh dilihat disini.

Scroll to Top