Bantuan Awal Persekolahan Dikredit Bulan Januari

Pelbagai bantuan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan, sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.

Salah satunya ialah melalui Bajet 2024 yang memperkenalkan berbagai jenis bantuan untuk membantu individu yang layak dan memerlukan.

Salah satunya adalah ketika pihak Kerajaan bersetuju untuk melanjutkan Bantuan Awal Persekolah (BAP). Berikut adalah maklumat lanjut mengenai bantuan kewangan ini:

Bantuan Awal Persekolahan

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ialah satu bantuan kewangan yang diperkenalkan oleh Kerajaan bertujuan untuk meringankan beban ibu bapa dan penjaga dalam mempersiapkan anak-anak untuk kembali ke sekolah.

Bantuan ini diberikan secara ‘one-off’ sebanyak RM150 kepada setiap murid, tanpa mengira had pendapatan ibu bapa.

Dengan demikian, setiap anak yang bersekolah berhak menerima RM150, dan jika sebuah keluarga mempunyai tiga orang anak bersekolah, mereka akan menerima BAP sebanyak RM450.

Tarikh Pembayaran Bantuan

Dengan merujuk kepada kenyataan Kementerian Pendidikan (KPM), BAP akan memerlukan peruntukan sebanyak RM788,130,000 dan pembayaran akan dilaksanakan pada bulan Januari 2024 melalui sekolah masing-masing.

Cara pembayaran pula adalah secara tunai atau kredit terus ke akaun murid.

“KPM percaya BAP dapat membantu meringankan beban perbelanjaan ibu bapa serta penjaga dalam menyediakan kelengkapan anak-anak bagi menghadapi sesi persekolahan yang akan datang,” petikan kenyataan KPM.

Pada masa yang sama, Kerajaan telah meningkatkan peruntukan untuk Rancangan Makanan Tambahan (RMT) kepada RM784 juta berbanding RM625 juta pada tahun sebelumnya. Selain itu, elaun murid berkeperluan khas juga ditingkatkan dengan peruntukkan RM199 juta berbanding RM181 juta pada tahun sebelumnya.

Syarat Kelayakan

Walaubagaimanapun, bayaran Bantuan Awal Persekolahan ini hanya akan disalurkan kepada murid yang :

  • Murid tersebut hendaklah Warganegara Malaysia.
  • Semua murid adalah layak menerima RM150 tanpa melihat had pendapatan ibu bapa atau penjaga mereka.

MAKLUMAT LANJUT

Maklumat berkaitan bantuan ini akan dikemaskini mengikut pengumuman dari pihak yang berkenaan. Untuk membaca bantuan lain sila layari LINK INI

Scroll to Top