Bantuan Program Saringan Kesihatan (HSP) 3.0

Bantuan Program Saringan Kesihatan (HSP) 3.0 adalah program pemeriksaan kesihatan percuma bagi pencarum berumur 40-59 tahun bertujuan untuk pengesanan awal Penyakit Tidak Berjangkit.

Bantuan Program Saringan Kesihatan

Program Saringan Kesihatan (HSP) adalah sebuah program yang ditawarkan oleh PERKESO yang menawarkan pemeriksaan kesihatan secara PERCUMA kepada pekerja bagi pengesanan awal Penyakit Tidak Berjangkit (NCD) seperti diabetes, darah tinggi, kanser dan risiko penyakit jantung.

PERKESO telah menambahbaik program HSP Fasa 3 (HSP 3.0) dengan meningkatkan parameter saringan kesihatan dengan menawarkan ujian pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi pengesanan lebih banyak faktor risiko.

Objektif

  1. Memupuk kesedaran pekerja terhadap penyakit tidak berjangkit dan menggalakkan budaya hidup sihat.
  2. Mengesan penyakit tidak berjangkit pada peringkat awal.
  3. Mencegah hilang upaya dan kematian awal disebabkan penyakit tidak berjangkit.
  4. Mencegah pengurangan atau kehilangan punca pendapatan disebabkan oleh penyakit tidak berjangkit.
  5. Meningkatkan sumber modal insan dan produktiviti negara melalui persekitaran populasi pekerja yang sihat.

Tarikh Pelaksanaan

Program ini akan dilaksanakan bermula 16 Mei 2023 sehingga 31 Disember 2023.

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur antara 40 hingga 59 tahun
  • Merupakan pencarum aktif PERKESO di bawah Skim Keilatan (mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) caruman terkini dalam tahun semasa)
  • Telah mencarum sekurang-kurangnya 12 bulan di bawah Skim Keilatan

Cara Memohon

  1. Semak kelayakan
  2. Tetapkan temu janji saringan kesihatan
  3. Akses keputusan saringan kesihatan

Cara Membuat Saringan

  • Muat turun aplikasi SEHATi secara percuma di Google Playstore atau Apple Appstore.
  • Daftar sebagai pengguna di aplikasi SEHATi
  • Lengkapkan soalan Pra-penilaian dan DASS-21 untuk menyemak kelayakan HSP anda
  • Pilih pakej bagi saringan kesihatan standard.
  • Tetapkan janji temu saringan kesihatan bersama Klinik Panel HSP melalui aplikasi SEHATi
  • Hadir ke klinik mengikut janji temu yang telah ditetapkan.
  • Setelah selesai menjalani saringan kesihatan standard, pekerja wanita yang berminat untuk menjalani pemeriksaan mamogram perlu juga membuat janji temu bersama Pusat Mamogram Panel HSP melalui aplikasi SEHATi.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari Soalan Lazim tentang PERKESO – Program Saringan Kesihatan (HSP) 3.0, sila rujuk Portal SEHATi.

Scroll to Top