Bantuan Tunai Pesawah RM200 Sebulan

Bantuan Tunai Pesawah khas diberikan kepada pesawah yang berdaftar, bantuan ini akan di kreditkan ke dalam akaun bank pesawah secara automatik apabila bajet telah diluluskan.

Berikut adalah maklumat lanjut mengenai bantuan pesawah ini.

Bantuan Tunai Pesawah

Bantuan Tunai Pesawah adalah sebuah skim bantuan tunai di bawah Belanjawan 2023 yang laksanakan oleh Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) bagi golongan pesawah padi yang berdaftar bertujuan untuk membantu meringankan beban di mana sebanyak RM200 sebulan akan diagihkan untuk tempoh tiga (3) bulan atau semusim.

Kadar Bantuan

Bantuan ini akn disalurkan ke pesawah berdaftar untuk tempoh 3 bulan atau semusim menjadikan jumlah keseluruhan bantuan adalah RM 600.

Bayaran RM 200 setiap bulan bagi tempoh 3 bulan atau semusim bakal disalurkan kepada pesawah berdaftar.

Cara Mohon

Permohonan tidak diperlukan, bagi mereka yang bekerja sebagai pesawah, hanya perlu mendaftarkan diri sebagai pesawah di pejabat pertubuhan peladang.

Agensi yang bertanggungjawab akan mendapatkan data pesawah dan akan senaraikan nama pesawah untuk layak menerima bantuan pesawah ini.

Maklumat Lanjut

Bagi mereka yang ingin ketahui lebih terperinci sila hubungi agensi berikut. Antara agensi yang bertanggungjawab dalam bantuan ini adalah:

Scroll to Top