Program Latihan dan Peningkatan Kemahiran

Program Latihan dan Peningkatan Kemahiran adalah sebuah satu platform bersepadu di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Human Resource Development Corperation (HRD Corp) bagi warganegara Malaysia.

Bagi mereka yang ingin menambah kemahiran dan ilmu pengetahuan, sila mohon untuk mengikuti program ini, terdapat pelbagai jenis kursus yang di tawarkan.

Berikut merupakan maklumat mengenai program ini, syarat yang di tetapkan serta cara memohon mengikuti program ini.

Program Latihan dan Peningkatan Kemahiran

Program Latihan Dan Peningkatan Kemahiran (Upskill Malaysia) adalah sebuah satu platform bersepadu di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Human Resource Development Corperation (HRD Corp) bagi warganegara Malaysia bertujuan untuk memberikan peluang peningkatan kemahiran dalam pelbagai perkhidmatan seterusnya dapat meningkatkan peluang penempatan dan pengembangan kerjaya.

Objektif:

Objektif program Upskill Malaysia ini adalah untuk:

  1. Membantu rakyat Malaysia mencari program latihan yang berkaitan bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka
  2. Meningkatkan daya saing pencari kerja, dan menyiapsiagakan mereka untuk kerjaya jangka panjang dalam industri yang mempunyai permintaan tinggi
  3. Mengurus serta memantau program oleh Kementerian dan Agensi yang terlibat dalam inisiatif Reskilling & Upskillingsecara berpusat, tersusun dan bersepadu

Kelayakan Mengikuti Program

Program Upskill Malaysia adalah terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira had umur.

Cara Memohon

Faedah Mengikut Program

Individu:

Mencari dan memohon latihan atau program pembangunan kemahiran yang dapat membantu memperkukuhkan profil profesional serta meningkatkan kebolehkerjaan.

Kementerian dan Agensi Kerajaan:

Berkongsi maklumat terperinci mengenai semua program dan inisiatif peningkatan kemahiran dan latihan semula (upskilling & reskilling) yang ditawarkan dan dibiayai oleh Kerajaan, dan yang dapat memberi manfaat kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang pendidikan dan keadaan sosio-ekonomi mereka. 

Penyedia Latihan:

Mendapatkan maklumat berhubung kewujudan dana untuk program atau inisiatif peningkatan kemahiran dan latihan semula yang ditawarkan oleh kementerian atau agensi. Menerusi maklumat yang tersedia ini, penyedia latihan dapat mengemukakan kertas cadangan kursus yang bersesuaian dengan program atau inisiatif yang dilaksanakan oleh kementerian atau agensi terbabit.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, sila e-mel ke taskforce@upskillmalaysia.gov.my atau hubungi talian hotline kami di 1800 88 4800.

Scroll to Top