Bantuan Negeri Pahang Yang Boleh Dimohon

Bantuan Negeri Pahang – Terdapat pelbagai program bantuan dan inisiatif yang disediakan serta ditawarkan oleh kerajaan Negeri Pahang kepada rakyat yang berasal dari negeri tersebut.

Maklumat mengenai bantuan-bantuan yang pelbagai ini bukan sahaja meningkatkan kefahaman terhadap sumber-sumber sokongan yang tersedia, tetapi juga mencerminkan komitmen kerajaan dalam menjaga kesejahteraan dan kebajikan rakyatnya.

Dalam petikan halaman ini, pihak kami akan berkongsi dengan lebih mendalam mengenai pelbagai bentuk bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan negeri, memberikan maklumat berguna kepada masyarakat yang ingin memohon bantuan yang mereka layak dan perlukan.

Antara bantuan-bantuan yang disediakan dan yang ditawarkan adalah seperti berikut.

Bantuan Pahang Pride Kid

Bantuan ini merupakan program inisiatif kerajaan negeri bagi meneruskan program Anak Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kid 2023).

Kerajaan Pahang sejak tahun 2023 telah bersetuju menaikkan jumlah sumbangan bagi Program Anak Kebanggaan Pahang sebanyak RM100 menjadikan jumlah sumbangan RM300.

Di bawah Belanjawan Negeri Pahang, dinyatakan bahawa setiap bayi yang dilahirkan di Pahang akan menerima saguhati RM300 di bawah Program Anak Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kid).

Bantuan ini boleh digunakan untuk simpanan kewangan dan juga pembelian barangan penjagaan bayi dan ibu ketika berpantang.

Setiap kelahiran bayi yang hidup akan menerima pemberian bernilai RM300. Sebanyak RM50 dalam bentuk barangan bayi, sebanyak RM100 dalam bentuk simpanan bank dan RM150 berbentuk gold bar.

Secara ringkasnya sumbangan ini adalah seperti berikut:

  • RM50 untuk barang keperluan bayi
  • RM100 dalam bentuk simpanan akaun NURI (Bank Rakyat)
  • RM150 dalam bentuk Gold Bar

Syarat-syarat Permohonan

  • Bayi yang dilahirkan sebagai Warganegara Malaysia
  • Bayi dilahirkan di negeri Pahang
  • Dilahirkan pada tahun 2023

Cara Memohon Pahang Pride Kid

Ibu bapa atau penjaga yang sah boleh membuat pendaftaran secara atas talian dengan mengikuti pautan link berikut : https://erakyat.pahang.gov.my/

Pemohon boleh membuat semakan setelah menghantar borang permohonan melalui butang Semakan.

Cara Pembukaan Akaun Bank Rakyat NURI

Ibu bapa / penjaga yang sah perlu hadir ke bank bersama dokumen berikut :

  1. Kad pengenalan ibu bapa / penjaga sah
  2. Sijil lahir bayi
  3. Sijil Tahniah Bayi Kebanggaan Pahang 2023
  4. Slip pendaftaran e-Rakyat yang telah diluluskan

Sebarang pertanyaan boleh hubungi talian yang tertera dibawah.

09-5124043/ 09-5124039
(Unit Pembangunan Wanita & Sosial Negeri Pahang)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, sila rujuk saluran berikut:

PROGRAM-PROGRAM BANTUAN PENDIDIKAN

PINJAMAN PENDIDIKAN

Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang (YP) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon pinjaman pendidikan bagi melanjutkan pengajian di Institusi-intitusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang diluluskan oleh YP.

Untuk makluman setiap iklan permohonan akan dikeluarkan pada bulan Mei dan Disember ATAU pada tarikh masa yang sesuai.

KELAYAKAN MEMOHON

1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut:

  • Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur; ATAU
  • Jika pemohon serta ibu dan bapa lahir di luar Pahang dan telah bermastautin lebih dari sepuluh (10) tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Negeri Pahang Darul Makmur, perlu mengemukakan surat pengesahan tempoh bermastautin daripada Penghulu Mukim/Ketua Kampung.
  • Pemohon yang ibubapanya BUKAN warganegara Malaysia TIDAK LAYAK MEMOHON.

2. Mempunyai sahsiah diri yang baik dan memiliki personaliti unggul.
3. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.
4. Mendapat tempat / tawaran dari IPT mengikut kategori yang ditetapkan oleh Yayasan Pahang.

Biasiswa Sekolah Menengah

Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah), yang sebelum ini dikenali sebagai Biasiswa Sekolah Menengah (BSM), telah diperkenalkan sejak tahun 1983. Biasiswa ini diberikan kepada pelajar yang merupakan warganegara Pahang dan sedang menuntut di peringkat Tingkatan 1 hingga 6 di sekolah bantuan kerajaan di negeri Pahang.

Keutamaan diberikan kepada anak-anak Pahang yang memiliki banyak adik beradik atau tanggungan yang masih bersekolah, anak yatim, atau berasal dari keluarga yang kurang berkemampuan, ibu bapa atau penjaga yang uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU), ibu tunggal, atau peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT).

Walaubagaimanapun, mulai tahun 2003, sebahagian daripada peruntukan ini juga ditawarkan kepada pelajar yang mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Sejak 2012, kadar baru Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) telah ditingkatkan dari RM500 kepada RM600 setahun bagi pelajar Tingkatan 1 hingga 5. Bagi pelajar Tingkatan 6, kadar Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah) kekal pada RM600 setahun. Pembayaran dilakukan dua kali setahun pada bulan Februari dan Ogos setiap tahun semasa.

Yayasan Pahang telah memperbaiki proses permohonan dengan membolehkan permohonan dilakukan melalui sekolah dan secara atas talian. Selain itu, pihak sekolah tidak lagi dikehendaki mengirimkan borang permohonan secara fizikal kepada YP.

Sebagai penambahbaikan tahun 2022, Biasiswa Sekolah Menengah (BSM) telah diberi penjenamaan baharu dan akan dikenali sebagai Biasiswa Pahang (Sekolah Menengah)

Kriteria Kelayakan Pemohon

Kriteria kelayakan Biasiswa Pahang (Seklah Menengah) adalah seperti berikut:

  1. Pemohon adalah warganegara Malaysia.
  2. Ibu atau bapa atau penjaga warganegara Malaysia.
  3. Pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga lahir di Negeri Pahang Darul Makmur.
  4. Jika pemohon atau ibu atau bapa atau penjaga lahir di luar negeri Pahang, mestilah bermastautin di negeri Pahang lebih dari 10 tahun.
  5. Mempunyai ramai adik-beradik yang masih bersekolah di bawah tanggungan ibu bapa atau penjaga tanpa menerima sebarang bantuan kewangan lain.
  6. Pemohon yang terdiri daripada anak yatim atau berasal daripada keluarga kurang berkemampuan yang mendapat bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) atau ibu bapa atau penjaga uzur, cacat, Orang Kelainan Upaya (OKU) atau ibu tunggal atau Peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberi keutamaan.
  7. Pemohon mestilah sedang belajar di tingkatan 1, 4 dan 6 Rendah tahun semasa di Sekolah Menengah Kebangsaan / Sekolah Berasrama Penuh / Kolej Vokasional / Sekolah Teknik / Sekolah Menengah Agama Kebangsaan/ Sekolah Menengah Agama Negeri / Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dalam Negeri Pahang Darul Makmur (Diiktiraf oleh Kerajaan Negeri Pahang).
  8. Pendapatan kasar isi rumah (gaji pokok dan elaun tetap) tertakluk kepada pemilihan semasa tahun tersebut.
  9. Murid yang pernah digantung / dibuang boleh dipertimbangkan permohonan semula pada tingkatan 4 jika berkelakuan baik.
  10. Permohonan hanya boleh dibuat melalui sekolah dan pejabat ADUN pada tahun semasa.

Biasiswa Anak Yatim

Biasiswa Anak Yatim diperkenalkan pada tahun 2020 dengan matlamat memberikan peluang akses pendidikan yang sama rata kepada pelajar anak Pahang yang merupakan anak yatim piatu dan berada dalam kategori miskin, untuk melanjutkan pengajian ke peringkat tinggi. Dengan melalui biasiswa ini, ia bertujuan membantu meningkatkan taraf hidup golongan ini, sekaligus meringankan beban kewangan akibat kemiskinan dan kekurangan sokongan.

Kelayakan Pemohon

  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut :- Pemohon, ibu dan bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.
  2. Pemohon merupakan anak yatim piatu yang telah kematian ibu dan bapa serta mempunyai ramai adik beradik yang masih bersekolah.
  3. Pendapatan kasar isi rumah penjaga tergolong dalam kumpulan B40 iaitu dengan had pendapatan RM4,850 sebulan dan ke bawah.
  4. Pemohon mestilah memiliki kelulusan SPM atau STPM atau STAM semasa seperti berikut :
    a) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)- Minimum lima ( 5 ) kepujian
    b) Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)- Minimum CGPA 2.50
    c) Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)- Minimum Jayyid Jiddan
  5. Diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di dalam negara sahaja secara sepenuh masa.
  6. Mempunyai sahsiah dan taraf kesihatan yang baik.

KADAR PENAJAAN

Kadar Penajaan – RM7,000/tahun di peringkat Ijazah Sarjana Muda

Scroll to Top