Pelbagai Bantuan Kewangan Negeri Sembilan Boleh Di Mohon

Pelbagai bantuan kewangan di Negeri Sembilan yang boleh di mohon oleh rakyat di negeri tersebut. Pihak kerajaan negeri itu menawarkan bantuan kewangan kepada rakyat yang menghadapi kesukaran dari segi ekonomi dan keperluan melangsungkan kehidupan yang lebih baik dan sejahtera.

Negeri Sembilan, mempunyai pihak kerajaan negeri yang prihatin terhadap kesejahteraan rakyatnya, menyediakan dan menawarkan berbagai bentuk sokongan kewangan untuk pelbagai keperluan.

Tidak hanya dengan dari segi kewangan namun dari segi kesihatan juga pihak kerajaan tersebut menawarkan pelbagai bantuan kepada rakyat yang memerlukan.

Dalam halaman kali ini, pihak Infosingkat berkongsi maklumat berkenaan bantuan-bantuan yang ditawarkan dengan lebih jelas mengenai jenis-jenis bantuan kewangan yang tersedia, serta cara untuk memohon, memberikan info berkenaan syarat-syarat kepada rakyat yang memerlukan sokongan dalam aspek kewangan dan kesihatan.

Pembiayaan Untuk Usahawan Mikro Negeri Sembilan

Salah satu bantuan kewangan yang ditawarkan kepada rakyat negeri tersebut adalah pembiayaan untuk usahawan. Bagi usahawan yang memenuhi syarat yang ditetapka, sila lah membuat permohonan pembiayaan ini sekiranya ia dapat membantu meningkatkan lagi keselesaan perniagaan anda disamping dapat meningkatkan lagi sumber ekonomi perniagaan.

Melalui Belanjawan Negeri Sembilan 2024 yang bertemakan “Bersama Membina Negeri Madani”, Kerajaan Negeri Sembilan telah bersetuju untuk melanjutkan program TUNS Plus ke tahun keempat, dengan peruntukan dana sebanyak RM1.0 juta pada tahun ini, bertujuan untuk memberikan sokongan tambahan kepada perkembangan sektor keusahawanan.

TUNS Plus adalah bentuk bantuan pembiayaan yang disediakan melalui pinjaman mudah tanpa faedah, dengan jumlah maksimum hingga RM15,000, yang bertujuan untuk memberi sokongan kepada Usahawan Mikro di Negeri Sembilan.

Penubuhan TUNS Plus bertujuan untuk menggalakkan aktiviti perniagaan dengan menyediakan akses pembiayaan yang lebih mudah dan fleksibel, menjadikan objektif utama.

TUNS PLUS

TUNS Plus adalah Bantuan Pembiayaan dalam bentuk Pinjaman Mudah Tanpa Faedah berjumlah sehingga RM15,000 yang disasarkan kepada Usahawan Mikro di Negeri Sembilan.

Objektif penubuhan TUNS Plus bertujuan untuk menggalakkan lagi aktiviti perniagaan melalui akses pembiayaan dengan lebih mudah dan fleksibel.

Tuns plus

TUNS

TUNS adalah bantuan pembiayaan dalam bentuk geran dengan jumlah sebanyak RM3,000 yang diarahkan kepada penjaja dan peniaga kecil di Negeri Sembilan.

Objektif TUNS ini bertujuan untuk meningkatkan kejayaan lebih ramai usahawan dalam skala ini melalui inisiatif ini sebagai objektif utamanya.

Selain daripada itu, diharapkan agar sokongan ini dapat meningkatkan prestasi perniagaan para usahawan yang sedia ada, mendorong mereka mencapai tahap kecemerlangan yang lebih tinggi daripada sebelumnya.

TUNS juga, dengan cara yang tidak langsung, dapat mencipta lebih banyak peluang pekerjaan sambil turut membantu merangsang pertumbuhan ekonomi.

Melalui Belanjawan Negeri Sembilan 2024 yang bertemakan ‘Bersama Membina Negeri Madani’, Kerajaan Negeri Sembilan bersetuju untuk meneruskan inisiatif TUNS untuk tahun keenam pada tahun ini dengan peruntukan berjumlah RM1 juta.

Tuns 2024

Syarat Asas

Syarat asas bagi permohonan kedua-dua pembiayaan bantuan perniagaan ini adalah seperti berikut:

i) TUNS

  1. Warganegara Malaysia dan anak Negeri Sembilan/pengundi di Negeri Sembilan.
  2. Pendaftaran perniagaan di SSM sebelum 1 Oktober 2022.
  3. Peniaga atau penjaja kecil yang mencatatkan jualan tahunan kurang daripada RM100,000.00.
  4. Beroperasi dan beralamat di Negeri Sembilan.
  5. Pemohon tidak berstatus muflis.
  6. Tidak pernah menerima geran ini.

ii) TUNS Plus

  1. Warganegara Malaysia dan anak Negeri Sembilan/pengundi di Negeri Sembilan.
  2. Pendaftaran perniagaan di SSM sebelum 1 April 2022.
  3. Berstatus mikro yang mencatatkan jualan kurang daripada RM300,000.00 setahun.
  4. Berumur di antara 21 sehingga 55 tahun.
  5. Beroperasi dan beralamat di Negeri Sembilan.
  6. Beroperasi di premis/tapak perniagaan dan mempunyai lesen/permit PBT.
  7. Akaun perniagaan yang sah dan aktif sekurang-kurangnya 6 bulan.
  8. Pemohon tidak berstatus muflis.
  9. Tidak pernah menerima bantuan ini.

Cara Memohon

Permohonan bagi kedua-dua inisiatif ini boleh dibuat menerusi laman web https://www.tuns.my/ dalam tarikh permohonan yang ditetapkan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai kedua-dua geran ini, sila layari laman web https://www.tuns.my/ untuk maklumat lanjut.

Bantuan Kewangan IPT Negeri Sembilan

Syarat –Syarat Permohonan:

  1. Pemohon adalah anak Negeri Sembilan yang menetap di Negeri Sembilan.
  2. Pemohon hendaklah memohon dalam tempoh tahun pertama pengajian.
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,000.00.
  4. Pemohon hendaklah menggunakan borang PK-PSUKNS-31 dan pemohon WAJIB mengisi semua maklumat yang diperlukan.
  5. Bagi pemohon yang merupakan anak peneroka FELDA sahaja; pemohon adalah diwajibkan untuk mengisi Borang Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDA.
  6. Borang permohonan hendaklah disahkan oleh yang berikut sahaja:
    • YB ADUN / Ahli Parlimen atau Pegawai Penyelaras DUN; atau
    • Penghulu; atau
    • Pengerusi MPKK / KRT / Taman.

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Salinan kad pengenalan pemohon DAN ibu bapa ATAU penjaga;
  • Salinan Sijil Kematian ATAU Perceraian jika berkenaan;
  • Salinan penyata gaji ATAU pengesahan pendapatan ibu bapa ATAU penjaga;
  • Salinan surat tawaran ke IPT yang berkenaan DAN pengesahan pendaftaran ATAU bayaran yuran pendaftaran ATAU surat pengesahan pengajian;
  • Salinan Sijil Berhenti Sekolah Rendah ATAU Menengah; Pengesahan Kelayakan Bantuan Pendidikan FELDA khususnya bagi anak peneroka FELDA DAN hendaklah disahkan oleh Pengurus Felda Kawasan.

Borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap dan telah mendapat pengesahan oleh pihak yang berkenaan hendaklah dihantar ke Pusat Khidmat DUN yang terdekat atau pos ke:

Pejabat Menteri Besar Negeri Sembilan
Tingkat 5B, Wisma Negeri
70503 Seremban

Sebarang pertanyaan boleh diajukan di talian 06-7659936/31 @ 06-7659784 /85

Berikut adalah capaian terus kepada borang-borang berkaitan:

Permohonan Bantuan Program Pembasmian Kemiskinan Bandar

Bagi pemohon yang ingin memohon bantuan program pembasmian kemiskinan boleh muat turun borang INI

Program pembasmian ini adalah merupakan program yang dilaksanakan untuk mengurangkan beban tanggungan keluarga miskin di bandar, meningkatkan keupayaan dan kualiti hidup keluarga miskin di bandar.

Pelaksanaan PPKB sejajar dengan tujuan Kerajaan dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) untuk mengurangkan kadar kemiskinan dari 3.8% pada 2009 kepada 2.0% pada 2015 dan meningkatkan pendapatan purata isi rumah golongan berpendapatan 40% terendah (B40) dari RM1,440 pada 2009 kepada RM3,050 pada 2015. Program ini juga sejajar dengan aspirasi Wawasan Kemakmuran.

Kumpulan sasar PPKB terdiri daripada isi rumah dalam golongan B40 yang merupakan warganegara dan mempunyai status kemiskinan yang telah disahkan melalui Sistem eKasih, Mesyuarat Focus Group Mengenai Pembasmian Kemiskinan Peringkat Negeri atau Daerah, atau mengikut arahan Kerajaan.

Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan

Bantuan Sara Hidup Mahasiswa Anak Negeri Sembilan merupakan usaha bersama Kerajaan Negeri Sembilan dan Yayasan Negeri Sembilan untuk menyokong proses pembelajaran anak-anak Negeri Sembilan. Pada tahun 2024, permohonan BSH Mahasiswa Anak Negeri Sembilan boleh dilakukan secara atas talian melalui laman web Yayasan Negeri Sembilan, dan permohonan untuk Bantuan Sara Hidup 2024 sudah boleh dibuat sekarang.

Untuk membuat permohonan baru bagi Bantuan Sara Hidup ini sila klik pautan INI

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai syarat khas dan dokumen yang diperlukan bagi menyokong kelulusan bantuan sara ini sila layari laman RASMI DISINI

Scroll to Top