Bantuan Latihan Perantis Oleh JKM

Bantuan Latihan Perantis adalah merupakan sebuah inisiatif yang ditawarkan dalam skim bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Bagi mereka yang berkelayakan sila baca syarat dan cara memohon yang dikongsikan di halaman di bawah.

Bantuan Latihan Perantis

Bantuan Latihan Perantis (BLP) adalah sebuah inisiatif Kerajaan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi klien JKM atau anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur serta bekas pelatih atau bekas penghuni institusi kebajikan bertujuan untuk mendapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja.

Kadar Bayaran Bantuan

Kadar bayaran Bantuan Latihan Perantis (BLP):

  • RM200 sebulan seorang

Syarat Kelayakan

  • Warganegara yang bermastautin di Malaysia  
  • Anak-anak penerima bantuan atau bekas pelatih/bekas penghuni dari institusi kebajikan  
  • Kes-kes seliaan akhlak  
  • Bekas Pelatih Perintah Khidmat Masyarakat

Cara Memohon

  • Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara : 
  1. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan 
  2. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak  

 

  • Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:   
  1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon  
  2. Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama  
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama  
  4. Salinan penyata gaji (jika ada)  
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan  

 

  • Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:   
  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan atau 
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan  

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut,sila rujuk Laman Rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Scroll to Top