Jawatan Kosong Badan Berkanun MyIPO

Jawatan Kosong Badan Berkanun MyIPO. Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) adalah sebuah agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, dan Kos Sara Hidup (KPDN) yang bertanggungjawab kepada pendaftaran dan pentadbiran sistem harta intelek seperti cap dagangan, paten, hak cipta, reka bentuk perindustrian dan susun atur litar bersepadu di Malaysia.

Misi MyIPO ialah membangun, mempertingkat serta menambahbaik
infrastruktur perundangan harta intelek dan sistem pentadbiran yang cekap melalui eksploitasi harta intelek (HI). Seiring dengan kemajuan MyIPO yang dinamik, mempelawa warganegara Malaysia yang memenuhi kelayakan dengan penghasilan kerja berprestasi tinggi bagi mengisi kekosongan jawatan di MyIPO.

Maklumat Kekosongan Jawatan

Jawatan Kosong MyIPO

  1. PEGAWAI HARTA INTELEK
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Jadual Gaji: RM2,688 – RM9,630
  2. AKAUNTAN
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Jadual Gaji: RM2,688 – RM9,630
  3. PEGAWAI SISTEM MAKLUMAT
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Jadual Gaji: RM2,688 – RM9,630
  4. PENOLONG PEGAWAI HARTA INTELEK
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Jadual Gaji: RM1,963 – RM6,123
  5. PEMBANTU SISTEM MAKLUMAT
    • Taraf Jawatan: Kontrak
    • Jadual Gaji: RM1,408 – RM4,691

SYARAT-SYARAT ASAS

MyIPO mempelawa calon-calon yang mempunyai kebolehan seperti
berikut:-

  • Warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
  • Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa
    Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat
    Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf
    dengannya oleh Kerajaan;

Cara Memohon

Permohonan bagi jawatan-jawatan ini boleh dibuat dengan mengisi Borang Permohonan Jawatan MyIPO secara lengkap dan dilampirkan bersama sesalinan sijil-sijil dan gambar berukuran pasport terkini.

Borang dan dokumen hendaklah di hantar ke:

PERBADANAN HARTA INTELEK MALAYSIA
ARAS 20, MENARA MyIPO, PJ SENTRAL
LOT 12, PERSIARAN BARAT, SEKSYEN 52
46200 PETALING JAYA, SELANGOR
(u.p.: Bahagian Sumber Manusia)

Maklumat lebih terperinci (rasmi) boleh dilihat DI SINI dan borang permohonan boleh didapati DI SINI.

Scroll to Top