Bantuan Skim Jaminan Kredit Perumahan

Bantuan Skim Jaminan Kredit Perumahan adalah sebuah inisiatif Kerajaan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad.

Bantuan Skim Jaminan Kredit Perumahan

Bantuan Skim Jaminan Kredit Perumahan dibuat bagi golongan pendapatan tidak tetap bertujuan untuk membantu pembeli rumah pertama yang tidak mempunyai pendapatan tetap dan slip gaji seperti pekerja ekonomi gig dan bebas, pemilik perniagaan, peniaga atau usahawan kecil yang berkelayakan untuk mendapatkan kemudahan gadai janji.

Tujuan Pembiayaan: Pembiayaan gadai janji

Jumlah Had Pembiayaan: Sehingga RM500,000.00 (termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA/MRTT/LTHO, yuran guaman dan yuran penilaian.

Jenis Pembiayaan: Pinjaman/Pembiayaan bertempoh

Tempoh pembiayaan: Sehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan, mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan)

Jenis perlindungan: Jaminan 100% diatas jumlah pembiayaan (termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA/MRTT/LTHO*, yuran guaman dan yuran penilaian)

Kadar faedah atau keuntungan: Seperti yang ditetapkan oleh Institusi Kewangan yang terlibat 

Deposi: Deposit mandatori bersamaan dengan 3 bulan bayaran bulanan

  • Bermula 1 April 2023, Kerajaan Malaysia telah meluaskan sasaran SJKP bagi merangkumi kedua-dua golongan berpendapatan tetap dan tidak tetap untuk memiliki rumah pertama mereka yang bernilai sehingga  RM500,000.00 

*MRTA: Mortgage Reducing Term Assurance  

*MRTT: Mortgage Reducing Term Takaful  

*LTHO: Long Term House owner’s Takaful 

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas, Pinjaman dua generasi dibenarkan  
  • Pembelian kali pertama rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan yang di bawah kategori kos rendah atau sederhana atau mampu milik dan untuk didiami  
  • Terbuka untuk rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan  
  • Jumlah bayaran balik kesemua pinjaman pemohon tidak melebihi 65% pendapatan kasar bulanan 
  • Tiada rekod tertunggak CCRIS melebihi 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini  
  • Tiada lain-lain rekod kredit yang negatif dalam tempoh 24 bulan  
  • Pendapatan pemohon mestilah tidak melebihi RM11,000 dan mampu membayar ansuran bulanan dengan had pembiayaan sehingga RM500,000 

*CCRIS: Central Credit Reference Information System

Cara Memohon

  1. Bakal peminjam mengenal pasti kediaman yang dikehendaki. Selepas itu, memohon dan menyerahkan dokumen yang berkaitan kepada IKP yang terlibat  
  2. Institusi Kewangan Terlibat akan menyediakan kemudahan pembiayaan kepada peminjam yang layak  
  3. Bank menilai dan menyemak permohonan peminjam dan menghantar permohonan kepada Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP) bagi jaminan pembiayaan  
  4. SJKP akan menyemak permohonan dan menyediakan jaminan pembiayaan (jika memenuhi kriteria yang ditetapkan)  
  5. Institusi Kewangan mengemukakan surat tawaran (LO) kepada pelanggan setelah berjaya mendapatkan jaminan daripada SJKP  
  6. Peminjam menerima LO dan memiliki rumah idaman mereka selepas Institusi Kewangan mengeluarkan pembiayaan 
  • Dokumen diperlukan:   
  1. Perjanjian asal Jual Beli/borang tempahan/resit bayaran muka  
  2. Penyata akaun bank atau deposit 6 bulan terkini (jika ada)  
  3. Cukai Pendapatan/Penyata KWSP terkini  
  4. Surat prngesahan pekerjaan  
  5. Salinan Kad Pengenalan pemohon  
  6. Surat pengesahan majikan (jika ada)  
  7. Lesen perniagaan atau kad pendaftaran Nelayan atau permit teksi (yang mana berkenaan)  
  8. Surat akuan bekerja sendiri atau penyata pndapatan yang disahkan oleh JKKK atau penjawat awam Kategori A, Penghulu/Ketua Kampung atau Pengurus Cawangan Bank 

*JKKK: Jawatankuasa Kemajuan dan Kemakmuran Kampung

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP)

Scroll to Top