Bantuan Di Sabah Tahun 2024

Sabah adalah sebuah negeri yang kaya dengan kepelbagaian budaya dan alam semula jadi yang amat menarik, seperti negeri lain, Sabah juga menghadapi cabaran ekonomi dan sosial yang perlu dibangunkan. Pada tahun munculnya pandemik Covid sehingga tahun 2024 pelbagai inisiatif yang penting dengan pelaksanaan yang bertujuan menyokong meningkatkan ekonomi masyarakat di Sabah. Dengan fokus utama pada bantuan kewangan, tahun 2024 juga memberi sinar harapan kepada warga Sabah yang mungkin mengalami kesusuahan dalam menangani cabaran kehidupan harian.

Sabah yang terkenal dengan keunikan dan tarikan pelancong dengan kepelbagaan etnik dan alam semulajadi, Sabah telah membangunkan segala keindahannya demi membangun ekonomi dan taraf hidup setempat agar dapat meningkatkan sosioekonomi rakyat. Dalam artikel kali ini, pihak Infosingkat berkongsi informasi bagi masyarakat Sabah untuk mendapatkan bantuan kewangan yang dapat memberikan sokongan positif kepada kehidupan akan datang.

Artikel ini fokus dengan terperinci terhadap pelbagai bentuk bantuan yang telah dilaksanakan dan bakal dilaksanakan. Ia menyentuh pelbagai aspek seperti syarat kelayakan, serta cara bagaimana untuk memohon untuk memberikan kemudahan dan kefahaman. Dengan memberikan maklumat yang lengkap, diharapkan masyarakat yang memohon dapat membuat keputusan dalam memanfaatkan pelbagai bentuk bantuan yang ditawarkan.

Selain daripada mengenal pasti jenis bantuan yang boleh dimohon, artikel ini juga akan berkongis matlumat mengenai kebaikan yang akan diterima oleh masyarakat. Bermula dengan bantuan sara hidup sehingga kepada bantuan pendidikan yang lebih baik, setiap aspek inisiatif ini memberi gambaran keseluruhan tentang bagaimana bantuan kewangan di Sabah diharapkan dapat memberikan perubahan yang lebih baik kepada golongan terjejas.

Bantuan Di Sabah Pada Tahun 2024 adalah satu perkara penting dalam memberikan sokongan kepada golongan masyarakat Sabah yang terjejas, membawa harapan dan memupuk daya ketahanan dalam menghadapi cabaran-cabaran ekonomi yang akan datang.

Sumbangan Asas Rahmah 2024

Pihak kerajaan telah memperbaharui dan memperbaiki program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebagai inisiatif sumbangan tunai yang diarahkan kepada golongan masyarakat yang paling terjejas oleh beban kos kehidupan. Pelaksanaan program ini, yang telah dilaksanakan secara berperingkat bermula pada 22 Januari 2024, bertujuan untuk meningkatkan taraf ekonomi golongan rentan dan memartabatkan prinsip kesaksamaan yang menjadi asas kepada kerangka Ekonomi MADANI.

Penambahbaikan SARA untuk tahun 2024 termasuklah:

  1. Memperluas penerima yang layak untuk SARA merangkumi golongan miskin dan miskin tegar, berbanding tahun 2023 yang hanya terhad kepada miskin tegar;
  2. Meningkatkan kadar bantuan untuk isi rumah SARA kepada RM1,200 berbanding RM600 pada tahun 2023. Manakala, kadar untuk golongan bujang kekal RM600; dan
  3. Mengambil kira maklum balas penerima, penggunaan kredit program SARA diperluas daripada hanya makanan asas kepada tiga kategori barangan asas tambahan iaitu barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan.

Dengan penambahbaikan tersebut, program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2024 dijangka akan memberi manfaat kepada lebih daripada 700,000 penerima, dengan peruntukan kewangan sebanyak RM700 juta. Perbandingannya dengan tahun 2023 menunjukkan peningkatan yang sangat ketara, di mana pada tahun tersebut hanya terdapat 210,000 penerima dengan perbelanjaan RM130 juta. Ini mewakili peningkatan peruntukan lebih daripada lima kali ganda berbanding tahun sebelumnya. Di bawah inisiatif ini, penerima yang layak berhak untuk membeli barangan keperluan asas yang telah dipilih melalui penggunaan myKAD di kedai-kedai runcit yang berdaftar.

Bagi penerima program SARA di Semenanjung Malaysia, bantuan SARA akan disalurkan secara bulanan iaitu RM100 sebulan untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM50 sebulan untuk golongan bujang.

Bagi penerima di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan pula, bantuan SARA akan disalurkan dua kali setahun iaitu RM600 untuk isi rumah dan warga emas tiada pasangan dan RM300 untuk golongan bujang pada 19 Februari 2024 (Isnin) dan 12 Ogos 2024 (Isnin) melalui pengkreditan ke akaun bank/secara tunai di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara.

Dengan respons yang baik terhadap program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun lepas, Kerajaan turut meluaskan jumlah rakan runcit (pasar raya/kedai) yang terlibat, dengan diperbanyakkan kepada 515 buah pada 17 Januari 2024 berbanding 424 buah pada tahun 2023. Penambahan ini melibatkan penambahan bilangan kedai yang didaftarkan di seluruh negara.

Antara maklumat lain, soalan lazim (FAQ) dan semakan status kelayakan SARA boleh disemak melalui Portal Rasmi STR di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my manakala maklumat lanjut mekanisme pelaksanaan SARA pula boleh dirujuk melalui pautan https://www.mykasih.com.my sejak 22 Januari 2024.

Bantuan Khas Kewangan Penjawat Awam

Pihak kerajaan Negeri Sabah telah bersetuju untuk memberikan Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM2,000 kepada semua kakitangan awam di negeri Sabah.

Menteri Kewangan Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, menyatakan bahawa bantuan ini mencakupi tidak hanya kepada kakitangan awam tetap, akan tetapi juga kakitangan awam sementara, kontrak, dan pekerja sambilan harian.

Beliau mengungkapkan perkara ini semasa menyampaikan Belanjawan Sabah 2024 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada November 2023.

Masidi menyatakan bahawa bayaran khas ini akan disalurkan dalam dua fasa, dengan pembayaran pertama sebanyak RM1,000 dijadualkan pada bulan Januari 2024 dan pembayaran kedua sebanyak RM1,000 dijangka menjelang Hari Raya Aidilfitri 2024.

Bantuan BUDI

Bantuan BUDI merupakan antara program yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri Sabah untuk memberikan sokongan kewangan kepada individu yang sedang belajar di institut pengajian tinggi, terutamanya yang tergolong dalam kategori B40 dan M40.

Bantuan BUDI akan diberikan secara sekaligus dengan matlamat untuk mengurangkan bebab kewangan keluarga dan pelajar yang sedang berada di pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).

Bantuan ini dijangkakan akan memberi manfaat kepada kira-kira 5,000 pelajar dari Sabah yang sedang menuntut pengajian di seluruh Malaysia.

Bantuan BUDI

KADAR BANTUAN BUDI

Berikut merupakan jumlah bantuan yang akan disalurkan kepada pelajar IPTA / IPTS yang layak :

  • Peringkat Diploma / Asasi / Matrikulasi – RM1,500
  • Peringkat Ijazah Sarjana Muda – RM2,000

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN BUDI

Berikut merupakan syarat yang ditetapkan untuk memohon bantuan BUDI :

  • Individu tersebut merupakan pelajar yang meneruskan pengajian di IPTA / IPTS 
  • Pelajar tersebut merupakan warganegara Malaysia yang berasal dari negeri Sabah
  • Pelajar digolongan B40 dan M40
  • Pelajar mendapat pengesahan kemasukan ke IPT

CARA MEMOHON BANTUAN BUDI

Untuk memohon bantuan BUDI, permohonan hanya boleh dilakukan secara atas talian. Senarai di bawah adalah cara untuk memohon bantuan BUDI

  • Layari laman sesawang BUDI : https://budi.sabah.gov.my/
  • Tekan butang “Permohonan”
  • Tekan butang “Daftar” 
  • Isi maklumat yang diminta dengan lengkap dan klik butang “Daftar”
  • Log masuk dengan memasukkan no kad pengenalan (IC) dan kata laluan yang didaftarkan
  • Isi maklumat yang diminta
  • Sediakan dokumen sokongan
  • Hantar permohonan setelah semua dokumen telah dimuat naik (upload)

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMOHON

Berikut merupakan dokumen yang perlu dimuat naik (upload) ketika mendaftar bantuan BUDI:

  1. Salinan kad pengenalan pemohon 
  2. Salinan kad pengenalan ibu bapa / penjaga
  3. Salinan surat beranak pemohon dan ibu bapa / penjaga
  4. Salinan slip gaji ibu bapa (jika ada)
  5. Salinan keputusan SPM / STPM / STAM / Diploma 
  6. Salinan surat tawaran kemasukan ke IPT
  7. Salinan muka depan penyata akaun pemohon

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai Bantuan BUDI, anda boleh hubungi Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah di talian 088-369 872  

Bantuan Pekebun Kecil

Bantuan Pekebun Kecil yang akan diberikam juga adalah sama seperti Bantuan Musim Tengkujuh. Sejak tahun lalu iaitu 2023, pihak kerajaan Negeri Sabah telah dapat peruntukan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) berjumlah RM69,058,400 membabitkan 86,323 pekebun kecil di Sabah.

Bantuan yang diberikan sebelum ini dinaikkan daripada RM600 kepada RM800 dan setiap penerima dan Lembaga Industri Getah Sabah akan membantu mengagihkan BMT.

Untuk membuat semakan bantuan menerusi Lembaga Industri Getah Sabah boleh kunjungi pautan DISINI.

PERHATIAN: Pihak LEMBAGA INDUSTRI GETAH SABAH tidak menghantar sebarang pautan semakan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) melalui Pesanan Ringkas (SMS). Pekebun Kecil dinasihatkan sentiasa berhati-hati apabila menerima sebarang Pesanan Ringkas (SMS) daripada pihak yang tidak bertanggungjawab.

Jumlah Bantuan

Jumlah nilai bantuan adalah berjumlah RM800.00 yang akan dibayar secara online (EFT), iaitu terus ke akaun penerima pada November dan Disember 2023 serta Januari dan Februari 2024 sebanyak RM200 setiap bulan.

Scroll to Top