Sumbangan Tunai Rahmah 2024 Permohonan Dibuka

Sumbangan Tunai Rahmah 2024, peruntukan dipertingkatkan sebanyak 2 billion ringgit daripada 8 billion ringgit kepada 10 billion ringit Malaysia.

Kategori baharu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data eKasih akan menerima sumbangan maksimum RM3700 setahun bermula Januari 2024 berbanding RM3100 pada tahun 2023.

Sumbangan Tunai Rahmah 2024

Sumbangan Tunai Rahmah 2024 (STR) adalah sebuah inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024) bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan bertujuan untuk menghadapi cabaran kos sara hidup.

Permohonan STR dibuka sepanjang tahun mulai 1 November 2023 dan boleh dikemukakan pada bila-bila masa sepanjang tahun.

Pemohon perlu membuat kemaskini permohonan sekiranya permohonan tidak dikemaskini dalam tempoh 3 tahun berturut-turutsepanjang pelaksanaan BPR 2021, BKM 2022 dan STR 2023 (kecuali warga emas dan penduduk pendalaman Sabah/Sarawak).

Pemohon perlu membuat permohonan baharu sekiranya pemohon tidak mempunyai rekod di dalam sistem STR 2024.

Kadar Bayaran STR 2024

Bayaran STR akan disalurkan 4 kali setahun mengikut kategori kelayakan seperti di bawah, di mana tarikh penyaluran akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

Pembayaran STR 2024 dijadualkan kepada 4 fasa:

  1. Fasa 1 : Februari 2024
  2. Fasa 2 : April 2024
  3. Fasa 3 : Ogos 2024
  4. Fasa 4 : November 2024

Nota: Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa.

Sumbangan tunai rahmah 2024

Syarat Kelayakan

Berikut adalah senarai kelayakan individu warganegara untuk STR 2024:

Kategori individu Isi Rumah

  • Kahwin; atau 
  • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

Kategori Warga Emas Tiada Pasangan

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan 
  • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
  • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah

Kategori bujang

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan 
  • Had umur adalah 21-59 tahun; dan 
  • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19-59 tahun; dan 
  • Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa*; dan 
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah

Nota: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19-59 tahun yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak/tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang

Cara Memohon Sumbangan Tunai Rahmah 2024

  • Permohonan baharu STR 2024 boleh dikemukakan melalui:
  1. secara luar talian dengan mengisi borang yang boleh dimuat turun di Laman Rasmi STR; atau
  2. secara dalam talian di Laman Rasmi STR, sila rujuk Panduan Pengguna Laman Rasmi STR 2024bagi tatacara untuk membuat permohonan  
  • Kaedah penghantaran borang dan dokumen sokongan adalah seperti berikut:
  1. Muat naik secara dalam talian di Laman Rasmi STRsemasa kemas kini permohonan atau permohonan baharu; atau
  2. Hadir ke Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL)/Pejabat Satelit HASiL/Pusat Transformasi Bandar (UTC) HASiL; atau
  3. Dokumen dan borang yang telah lengkap diisi diposkan ke Alamat Kementerian Kewangan di Sekretariat STR Pejabat Belanjawan Negara Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) Presint 2, 62592 Putrajaya

Maklumat Lanjut

Tempoh permohonan adalah sepanjang tahun mulai 1 NOVEMBER 2023
Kaedah Permohonan :

Scroll to Top