Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024 MyKasih

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024 MyKasih adalah sebuah program lanjutan kepada inisiatif Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan bertujuan meringankan beban kos sara hidup khas untuk golongan miskin tegar.

Dalam artikel kali ini maklumat yang dikongskan berkaitan dengan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Berikut merupakan maklumat yang dikongsikan. Semoga bermanfaat.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2024 ini disalurkan kepada isi rumah penerima STR yang tersenarai sebagai “Miskin Tegar” mengikut data eKasih sehingga 28 Februari 2023 dalam bentuk barang keperluan asas tanpa tunai (cashless) berjumlah RM600.

Pada tahun hadapan 2024, pembayaran SARA akan dipertingkatkan bayaran sehingga 12 bulan. Kerajaan akan meluaskan manfaat Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 700,000 penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan.

Kaedah Bayaran

  • Penerima yang layak* akan menerima SARa melalui 3 kaedah berikut:
    • Penerima dari Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu – Bayaran sebanyak RM100 sebulan dikreditkan untuk tempoh 6 bulan (Julai sehingga Disember 2023) ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima untuk pembelian barangan asas daripada kategori produk terpilih di pasar raya/kedai runcit terpilih di seluruh Malaysia bermula pada 17 Julai 2023
    • Penerima dari Perlis, Perak, Pahang, Melaka dan Johor – Bayaran sebanyak RM100 sebulan dikreditkan untuk tempoh 6 bulan (Julai sehingga Disember 2023) ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) penerima untuk pembelian barangan asas daripada kategori produk terpilih di pasar raya/kedai runcit terpilih di seluruh Malaysia bermula pada 31 Julai 2023
    • Penerima dari Sabah, Sarawak dan Labuan – Bayaran sebanyak RM600 akan dikreditkan sekaligus ke akaun bank penerima atau secara tunai di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional di seluruh negara bermula pada 7 Ogos 2023

Jadual Pembayaran

Jadual pengkreditan SARa (bagi penerima dari Semenanjung Malaysia) adalah seperti berikut:

Kategori ini terima kadar bayaran berjumlah RM600

  • Isi Rumah
    • Kahwin
    • Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anak
  • Warga Emas Tiada Pasangan
  • Bujang

Bagi penerima yang menetap di Semenanjung Malaysia, sila rujuk Laman Rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARa) untuk semakan kelayakan serta maklumat terperinci berhubung mekanisme SARa atau rujuk Laman MySTR

Syarat Kelayakan

  • Kelayakan bagi SARa ini terhad kepada:
    • Warganegara Malaysia;
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dalam pangkalan data eKasih yang dikendalikan oleh Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 28 Februari 2023*; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan

Cara Memohon

  • Tiada permohonan diperlukan*
  • Semua penerima SARa yang layak akan menerima surat lulus STR 2023 bersekali kelayakan SARa di alamat berdaftar dalam permohonan STR
  • Selain itu, semakan kelayakan SARa boleh dibuat melalui kaedah berikut:
    • Sistem Pesanan Ringkas (SMS) – Maklumat melalui SMS ataupun WhatsApp daripada MyKasih untuk mengesahkan mereka sebagai penerima di bawah program ini, beserta tarikh dan masa untuk sesi taklimat orientasi di kedai runcit yang terdekat;
    • Semakan terus melalui portal rasmi – Portal rasmi STR di pautan Laman Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di bahagian menu “Semakan Permohonan” ataupun portal rasmi MyKasih (untuk penerima dari Semenanjung Malaysia); atau
    • Hubungi: LHDN di talian 1-800-88-2747 (waktu operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang); atau MOF di talian 03-8882 4565/8882 4566 (waktu operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang); atau MyKasih (untuk penerima dari Semenanjung Malaysia) di talian 03-7720 1800 (waktu operasi: 9:00 pagi – 5:00 petang)

Bagi Tahun 2024 Menteri Kewangan telah berkata, Kerajaan juga akan meluaskan manfaat Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kepada 700,000 penerima STR yang akan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan.

Scroll to Top