PROGRAM CAPAIAN PENDIDIKAN, EKONOMI DAN KOMUNITI PAHANG PART 2

Postingan sebelum ini telah memberikan sebahagian maklumat mengenai program bantuan berkenaan pendidikan, ekonomi dan komuniti yang di tawarkan oleh Yayasan Pahang.

Yayasan Pahang ada menyediakan dan menawarkan beberapa program bantuan pendidikan yang amat digalakkan untuk memohon oleh pelajar di Negeri Pahang.

Beberapa syarat dan kriteria yang perlu dipenuhi oleh setiap pemohon atau pelajar yang ingin mendapat program bantuan dan insentif yang disediakan ini.

Posting sebelum ini telah berkongsi tiga (3) program bantuan berkenaan dengan pendidikan, selebihnya akan dikongsikan di halaman ini. Kesemua program yang ditawarkan tersebut mempunyai syarat dan kelayakan tertentu. Dan juga jumlah biayaan yang ditawarkan juga berbeza.

Berikut adalah lebihan program bantuan yang belum dikongsikan oleh pihak Infosingkat. Sila semak maklumat dan baca dengan teliti syarat yang diperlukan.

Program Pembangunan Mahasiswa

MAJLIS MAHASISWA ANAK PAHANG (MAMPAN)

Pada 6 November 1999, pembentukan Majlis Mahasiswa Anak Pahang (MAMPAN) di seluruh Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) di Malaysia telah dilaksanakan.

Ia bertujuan bagi membentuk jalinan kerjasama dan perhubungan yang erat dalam semua bidang di antara mahasiswa, pemimpin-pemimpin negeri dan masyarakat di negeri Pahang.

Mahasiswa-mahasiswi anak Pahang yang berminat untuk menganggotai MAMPAN boleh mendaftar secara online melalui E-Mampan di link  https://app2.yp.org.my/A-mampanV2/login.php

VISI MAMPAN

Memperkasa jalinan tripartite dalam usaha ‘Memartabatkan Masyarakat’.

MISI MAMPAN

  1. Menggalakkan aktiviti yang berteraskan kepada pengurusan & pembangunan kepimpinan mahasiswa/i.
  2. Membentuk persekitaran mahasiswa/i yang lestari dan berimpak tinggi melalui aktiviti kesukarelawan yang berterusan

TERAS MAMPAN

Bagi memastikan MAMPAN terus relevan dan berada di landasan yang betul, 4 teras utama dijadikan panduan dalam aktiviti dan halatuju MAMPAN iaitu :

  1. Kebolehpasaran kerja
  2. Kepimpinan
  3. Kemandirian ekonomi
  4. Keterlihatan (Visibility)

HALATUJU MAMPAN

Elemen penting bagi mencapai hala tuju MAMPAN:

  1. Memperkasa pengurusan ahli menggunakan E-MAMPAN.
  2. Menjalinkan hubungan secara National Blue Ocean Shift (NBOS) dengan agensi seaspirasi.

Program Pembangunan Insaniah & Masyarakat

PROGRAM PEMBANGUNAN TAMADUN MASYARAKAT ASLI (PETAMA)

Program Pembangunan Tamadun Masyarakat Asli (PETAMA) diwujudkan oleh Yayasan Pahang pada 3 Mei 1998 bertujuan untuk melahirkan golongan pemimpin di kalangan Orang Asli yang berkaliber dan berilmu dalam usaha mentamadunkan masyarakat Orang Asli agar berada sama taraf dengan kaum lain di negara ini. Di samping itu lepasan PETAMA mampu menjadi Daie’ di kalangan masyarakat Orang Asli. Program ini mendapat sokongan penuh daripada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Pahang (JAKOA).

Kelayakan memohon

  1. Masyarakat orang asli berumur 15 tahun ke atas.
  2. Boleh membaca dan menulis
  3. Mempunyai kesungguhan dan berminat.
  4. Mendapat tawaran dari Pusat Pengajian PERTAMA Kolej Yayasan Pahang

PROGRAM PENGAJIAN AGAMA ISLAM (TAFAQQUH FIDDIN)

Program Pengajian Agama Islam (Tafaqquh Fiddin) Negeri Pahang ini telah bermula pada 6 Jun 2015 dengan hanya 4 masjid terlibat sebagai pusat pengajian. Memandangkan permintaan yang tinggi oleh masyarakat negeri Pahang dalam mempelajari ilmu pengajian Islam, Yayasan Pahang telah memperluaskan program ini ke seluruh masjid daerah di negeri Pahang. Program ini bertujuan menyediakan kemudahan mempelajari ilmu pengajian Islam secara sistematik tanpa mengira peringkat umur, taraf pendidikan dan kelayakan. PUSAT-PUSAT PENGAJIAN TAFFAQUH FIDDINPada peringkat permulaan, program ini telah diadakan di empat lokasi iaitu:-

  • Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan
  • Masjid Tengku Ampuan Afzan, Indera Mahkota , Kuantan
  • Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bandar Bentong, Bentong
  • Masjid Sultan Ahmad Shah Al-Haj, Pekan

Walau bagaimanapun, oleh kerana permintaan yang semakin meningkat daripada masyarakat negeri Pahang, maka program ini telah diperluaskan ke 10 buah lagi pusat pengajian pada April 2016 seperti berikut:

  • Masjid Tengku Mahkota Abdullah, Rompin
  • Masjid As Syakirin, Maran
  • Masjid Tengku Abdullah, Jerantut
  • Masjid Sultan Mahmud, Lipis
  • Masjid Sultan Abu Bakar, Raub
  • Masjid Abu Bakar, Temerloh
  • Masjid Darul Fikri, Bera
  • Masjid UNIPSAS, Kuantan
  • Masjid Sultan Ahmad Shah, Jengka
  • Yayasan Pahang

Sementara pada tahun 2017 program ini telah diperluaskan lagi ke masjid-masjid berikut:

  • Masjid Al Muadzam, Muadzam Shah
  • Masjid Saiyidina Umar Al Khattab, Cenderawasih, Kuantan
  • Masjid Taman LKNP, Pekan
  • Penjara Bentong
  • Penjara Penor
  • Pusat Pemulihan Pemasyarakatan Kem Batu 10 Kuantan

Seterusnya Yayasan Pahang memperluaskan lagi dengan menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) ke masjid-masjid berikut :-

  • Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  • Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Kelas Pengajian Tarfaqquh Fiddin (TFD) YP telah mencatatkan sejarah dengan mengembangkan sayapnya buat pertama kali ke peringkat antarabangsa dengan memperkenalkan TFD Mesir pada awal tahun 2019. TFD Mesir memberi manfaat kepada lebih 250 orang pelajar yang terdiri daripada anak-anak Pahang di Kaherah, Mesir dengan memberi keutamaan kepada subjek-subjek teras yang merupakan silibus tetap para pelajar di Universiti Al-Azhar.

Program Peningkatan Kualiti Pendidikan

Program Jawab Untuk Jaya (JUJ)

Program ini bertujuan untuk meningkatkan peratusan kelulusan yang lebih tinggi dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sama ada di tahap cemerlang, kepujian dan lulus.

Program ini menyatukan keahlian yang ada di peringkat negeri, daerah, dan sekolah untuk mencapai matlamat meningkatkan mutu pendidikan di Pahang dan menerapkan sumber-sumber untuk memperbaiki pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

Pada tahun 2016, e-JUJ diperkenalkan bagi memudahkan capaian bahan JUJ dalam laman web Yayasan Pahang.

Terdiri daripada 20 mata pelajaran SPM yang termasuk soalan praktis yang cemerlang serta skema jawapan, peta topografi, dan 9 modul pembelajaran yang mendalam untuk mata pelajaran yang penting.

Sejak diperkenalkan pada tahun 1996, Projek JUJ telah memberi impak yang positif terhadap pencapaian pelajar dari segi kualiti dan kuantiti. Ini terbukti dengan keputusan SPM tahun 2015 negeri Pahang berjaya berada di kalangan kedudukan 5 terbaik berbanding kedudukan ke-3 ke bawah pada tahun 1995 sebelum JUJ diperkenalkan. 

Program ini masih lagi berlangsung dan ditambah baik dari semasa ke semasa dan ternyata mampu membantu calon-calon SPM memperbaiki pencapaian masing-masing dalam peperiksaan tersebut.

PROGRAM ANAK YATIM PERMATA HATI (PERHATI)

PERHATI diperkenalkan pada tahun 2010 memberi perhatian yang sewajarnya kepada anak yatim supaya mereka berjaya dalam pelajaran untuk membolehkan mereka meneruskan pengajian ke tahap yang lebih tinggi. Melibatkan semua pelajar anak yatim Tingkatan 5 di seluruh sekolah menengah di negeri Pahang.

Setiap tahun hampir 2,000 pelajar anak yatim menyertai dan mendapat manfaat daripada program ini.

Menekankan aspek utama dalam pencapaian akademik, kokurikulum, sahsiah dan kebajikan. Pencapaian program daripada 2,000 pelajar anak yatim yang menyertainya, 70% telah berjaya melanjutkan pengajian mereka ke peringkat tertiari.

Projek Intervensi Semua Subjek Satu A (PiSSA)

Penubuhan PiSSA adalah langkah yang efektif untuk meningkatkan prestasi peperiksaan pelajar sekolah menengah, menyumbang kepada pembaharuan pendidikan berterusan yang telah diperkenalkan melalui program pendidikan JUJ.

PiSSA bertujuan untuk meningkatkan kualiti pencapaian dan kecemerlangan iaitu semua subjek A dalam peperiksaan SPM di kalangan pelajar-pelajar. PiSSA yang bermula pada tahun 2003, melibatkan sekolah-sekolah yang terpilih di beberapa daerah iaitu Kuantan, Pekan, Raub, Bentong dan Temerloh bagi peringkat permulaan. Pencapaian Pissa terbukti apabila 80% daripada pelajar yang menyertainya memperoleh kejayaan seperti yang disasarkan.

MODUL PASTI A UPSR

Modul ini dibangunkan oleh guru-guru pakar di negeri Pahang bagi semua matapelajaran UPSR. Modul ini digunakan di Sekolah Rendah di negeri Pahang bermula tahun 2014 bagi membantu guru-guru di sekolah dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Modul ini dibangunkan dengan bertujuan meningkatkan kecemerlangan pelajar serta membantu meningkatkan pencapaian UPSR di negeri Pahang.

PROGRAM PERANCANGAN HARUS LULUS (PERHALUS)

Program ini diwujudkan pada tahun 2014 untuk memberi fokus kepada pelajar yang gagal mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah yang merupakan mata pelajaran wajib lulus untuk mendapat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Modul PERHALUS ini dibangunkan oleh guru-guru pakar di negeri Pahang .

Usaha PERHALUS adalah membantu mereka untuk menguasai kemahiran 2M (membaca, menulis) dan menjana idea untuk mengarang dan menjawab soalan dengan jayanya.

Pencapaian SPM 2015 PERHALUS berjaya membantu menempatkan negeri Pahang pada kedudukan kelima teratas berdasarkan pelajar yang Layak Mendapat Sijil dan Gred Purata Negeri.

PROGRAM PENINGKATAN P&P PENDIDIKAN KHAS (PrKasih)

Program yang dilhamkan untuk membantu pelajar-pelajar berkeperluan khas dalam negeri Pahang. Keperluan kemahiran terapi oleh guru-guru pendidikan khas digarap bagi membantu peningkatan tahap pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas.

Scroll to Top