PROGRAM CAPAIAN PENDIDIKAN, EKONOMI DAN KOMUNITI NEGERI PAHANG

Terdapat beberapa program bantuan pendidikan yang disediakan oleh kerajaan negeri Pahang melalui jabatan kerajaan negeri seperti Yayasan Pahang.

Salah satu program bantuan tersebut adalah program capaian pendidikan, ekonomi dan komuniti. Terdapat enam (6) program yang disediakan dan ditawarkan oleh Yayasan Pahang di dalam program capaian pendidikan, ekonomi dan komuniti ini.

Setiap enam (6) program yang ditawarkan tersebut mempunyai syarat dan kelayakan tertentu. Dan juga jumlah biayaan yang ditawarkan juga berbeza.

Berikut adalah program-program bantuan yang ditawarkan. Sila semak maklumat dan mohon melalui laluan yang betul.

Hadiah Pelajar Cemerlang

Hadiah Pelajar Cemerlang adalah sebagai rangsangan berbentuk sijil penghargaan dan wang tunai mengikut kategori yang diberikan kepada pelajar-pelajar sekolah dalam Negeri Pahang di bawah Jabatan Pendidikan Negeri Pahang (JPNP) dan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP). Hadiah ini diberikan kepada pelajar yang mencatat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan awam.

Hadiah dan insentif yang diberikan adalah seperti berikut.

  • Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dapat sebanyak RM150 dengan minimum pencapaian 6A(SK)/8A(SJK)
  • Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dapat sebanyak RM200 dengan pencapaian Minimum 8A ke atas
  • Sijil Menengah Agama (SMA) dapat sebanyak RM200 dengan pencapaian Pangkat Mumtaz
  • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dapat sebanyak RM250 dengan pencapaian Minimum 3A ke atas
  • Sijil TInggi Agama Malaysia (STAM) dapat sebanyak RM250 dengan pencapaian Pangkat Mumtaz

Sumbangan Dan Kebajikan

Sumbangan dan kebajikan juga adalah salah satu program bantuan yang disediakan kepada para pelajar yang memenuhi syarat yanh ditetapkan antaranya adalah seperti di bawah ini.

Dermasiswa Pelajar Miskin

DERMASISWA PELAJAR MISKIN SEKOLAH RENDAH/SEKOLAH MENENGAH

Kelayakan memohon

  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai:-
    1. Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur dan
    2. Pemohon serta ibubapa telah bermastautin tidak kurang dari 10 tahun dan terus bermastautin di Negeri Pahang. Bagi calon kategori ini, surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Pegawai Daerah atau wakil yang dilantik oleh Lembaga Pemegang Amanah YP hendaklah dikemukakan.
  2. Sedang belajar di Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan Malaysia (Sekolah Menengah/Sekolah Rendah) .
  3. Ibubapa atau penjaga yang miskin dan daif dengan mempunyai tanggungan anak bersekolah yang ramai.
  4. Pemohon yang berasal daripada keluarga miskin yang mendapat bantuan Kebajikan Masyarakat atau ibubapa atau penjaga uzur, cacat atau ibu tunggal atau peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberikan keutamaan.
  5. Pendapatan ibu dan bapa tidak melebihi RM700.00/bulan dengan tanggungan sekurang-kurangnya tiga anak bersekolah.

DERMASISWA PELAJAR MISKIN IPT

Kelayakan Memohon

  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai:-
    a. Pemohon atau ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur dan
    b. Pemohon serta ibubapa telah bermastautin tidak kurang dari 10 tahun dan terus bermastautin di Negeri Pahang. Bagi calon kategori ini, surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Pegawai Daerah atau wakil yang dilantik oleh Lembaga Pemegang Amanah YP hendaklah dikemukakan.
    c. Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.
  2. Sedang belajar di sekolah / Institusi Pengajian Tinggi (IPT) secara sepenuh masa yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.
  3. Ibubapa atau penjaga yang miskin dan daif dengan mempunyai tanggungan anak bersekolah yang ramai.
  4. Tidak mendapat biasiswa dari mana-mana badan penaja.
  5. Pemohon yang berasal daripada keluarga miskin yang mendapat bantuan Kebajikan Masyarakat atau ibubapa atau penjaga uzur, cacat atau ibu tunggal atau peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT) diberikan keutamaan.
  6. Pendapatan ibu dan bapa tidak melebihi RM700.00/bulan dengan tanggungan sekurang-kurangnya tiga anak bersekolah.

BORANG PERMOHONAN DERMASISWA HANYA BOLEH DIDAPATI DI KAUNTER PERKHIDMATAN YAYASAN PAHANG TANJUNG LUMPUR DAN KAUNTER UTC KUANTAN.

GERAN PRA SISWAZAH & PASCA SISWAZAH

Program ini diperkenalkan pada tahun 2000 dan bertujuan khusus untuk pelajar-pelajar asal Pahang yang berjaya melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi. Pembayaran diberikan sekali sahaja secara one off.

Mulai Januari 2014, pemberian Geran telah diperluaskan melalui pengenalan Geran 1.0, Geran 2.0, dan Geran 3.0, termasuk untuk peringkat Sarjana/PhD. Bagi permohonan kategori Geran 3.0, jumlah bantuan yang diberikan adalah sebanyak RM1,000. Pada tahun 2019, program pemberian geran yang sedia ada telah dirombak dan diperbaharui dengan pengenalan Geran Pra Siswazah dan Geran Pasca Siswazah.

Pemberian masih dikekalkan dari peringkat sijil hingga peringkat Kedoktoran (PhD), di mana pemberian untuk peringkat sijil hingga Ijazah Sarjana Muda dikenali sebagai Geran Pra Siswazah dan untuk peringkat Sarjana serta Kedoktoran dikenali sebagai Geran Pasca Siswazah. Penerima Geran Pra Siswazah akan menerima RM700 manakala penerima Geran Pasca Siswazah akan menerima RM1,200.

PENERIMA HANYA BOLEH MEMOHON SEKALI SAHAJA BAGI SETIAP KATEGORI. JIKA PELAJAR TELAH MENERIMA GERAN IPT SEMASA ASASI/MATRIKULASI/TAMHIDI/PRA/DIPLOMA ADALAH TIDAK LAYAK UNTUK MEMOHON GERAN PRA SISWAZAH (IJAZAH SARJANA MUDA).

Pemberian Geran Bantuan Pelajar ke IPT merupakan inisiatif dan rasa terima kasih Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang (YP) kepada anak-anak Pahang yang Berjaya melanjutkan pengajian ke peringkat tertiari.

Sila hubungi pihak Yayasan Pahang, sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkenaan permohonan borang-borang.

Geran pra dan pasca siswazah

Berikut adalah kriteria-kriteria yang terlibat :

A. KRITERIA GERAN PRA SISWAZAH

  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai;
    i. Pemohon, ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur ; atau
    ii. Sekiranya pemohon dan Ibubapa tidak dilahirkan di negeri Pahang, maka pemohon hendaklah telah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Pahang dengan mengemukakan surat pengesahan bermastautin atas nama pemohon daripada Penghulu atau Pegawai Daerah atau wakil yang dilantik oleh YP.
    iii. Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.
  2. Pemohon mestilah beralamat surat menyurat di Negeri Pahang Darul Makmur.
  3. Pemohon mestilah terdiri daripada pemegang SPM/STPM/STAM.
  4. Permohonan boleh dikemukakan oleh pelajar dalam tempoh 4 minggu sebelum atau dalam tempoh 6 minggu selepas tarikh pendaftaran kemasukan ke institusi pengajian tinggi dengan melengkapkan borang dalam talian serta memuat naik salinan dokumen yang telah disahkan benar. Permohonan hendaklah bagi kemasukan pertama kali ke IPTA/S secara sepenuh masa.
  5. Borang permohonan boleh dibuat secara online di laman web YP di www.yp.org.my.
  6. Senarai Institusi Pengajian Tinggi Awam & Swasta yang diluluskan oleh YP adalah seperti di bawah: a) 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) bagi Peringkat Asasi/Pra Diploma/Sijil/Diploma/Ijazah Sarjana Muda) :
    1. Universiti Malaya (UM)
  7. Universiti Sains Malaysia (USM)
  8. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  9. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  10. Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
  11. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  12. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  13. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  14. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  15. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  16. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  17. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  18. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  19. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  20. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  21. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  22. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  23. Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
  24. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  25. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) b) 8 Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) bagi Asasi/Diploma/Ijazah Sarjana Muda:
    1. Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
  26. Universiti Tun Abdul Razak (UNIRazak)
  27. Universiti Multimedia (MMU)
  28. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
  29. Universiti Perubatan Antarabangsa (IMU)
  30. Universiti Industri Selangor (UNISEL)
  31. Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
  32. Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) c) Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia. d) Kolej Universiti Yayasan Pahang dan Yayasan Pahang Advanced Skills bagi peringkat Sijil, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. e) Pra Diploma/Diploma/Ijazah Sarjana Muda Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. f) Sijil/Diploma/Ijazah Sarjana Muda Pahang Skills. g) Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIPSAS) bagi peringkat Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda h) Persijilan Profesional/Diploma Tahfiz yang diiktiraf oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). i) Kolej-kolej Swasta yang berdaftar dan diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia dan menjalankan program-program Diploma & Ijazah Sarjana Muda secara francais/usahasama/kawalselia/berkembar dengan universiti-universiti awam tempatan sahaja. j) Program persediaan ke luar negara tajaan agensi Kerajaan contoh seperti JPA, MARA, FELDA, PETRONAS. k) Sijil di Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. l)
    Tunku Abdul Rahman University of Management and Technology (TAR UMT) bagi peringkat Diploma sahaja. m) Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) bagi peringkat Diploma. n) DRB-HICOM University of Automotive Malaysia (DHUAM) bagi peringkat Diploma. o) Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dan Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) bagi peringkat Sijil dan Diploma sahaja. ATAU
  1. Pemohon mestilah telah menerima surat tawaran untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda bagi tahun semasa secara sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta yang diluluskan oleh YP.
  1. Keputusan peringkat asasi/matrikulasi/diploma dan yang setaraf dengannya mestilah minimum CGPA 2.80.
  2. Permohonan boleh dikemukakan oleh pelajar dalam tempoh 4 minggu sebelum atau dalam tempoh 6 minggu selepas tarikh pendaftaran kemasukan ke institusi dengan melengkapkan borang dalam talian serta memuat naik salinan dokumen yang telah disahkan benar.
  3. Borang permohonan boleh dibuat secara online di laman web YP di www.yp.org.my.
  4. Senarai Institusi Pengajian Tinggi Awam & Swasta yang diluluskan oleh YP adalah seperti di bawah: a. 20 Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)
    1. Universiti Malaya (UM)
  5. Universiti Sains Malaysia (USM)
  6. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  7. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  8. Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
  9. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  10. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  11. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  12. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  13. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  14. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  15. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  16. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  17. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  18. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  19. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  20. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  21. Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
  22. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  23. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) b. Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.
    c. Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP)
    d. Pahang Skills
    e. Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIPSAS)

KRITERIA GERAN PASCA SISWAZAH

  1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur yang ditakrifkan sebagai;
    i. Pemohon, ibu atau bapa dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur ; atau
    ii. Sekiranya pemohon dan ibubapa tidak dilahirkan di negeri Pahang, maka pemohon hendaklah telah bermastautin di Pahang lebih dari 10 tahun dan berhasrat untuk terus menetap di Pahang dengan mengemukakan surat pengesahan bermastautin atas nama pemohon daripada Penghulu atau Pegawai Daerah atau wakil yang dilantik oleh YP.
    ii. Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia adalah TIDAK LAYAK MEMOHON.
  2. Pemohon mestilah beralamat surat menyurat di Negeri Pahang Darul Makmur.
  3. Pemohon mestilah telah menerima surat tawaran dan telah mendaftar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Sarjana (Master) / Kedoktoran (PhD) bagi tahun semasa di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta yang diluluskan oleh YP.
  4. Keputusan peringkat ijazah sarjana muda/Ijazah sarjana dan yang setaraf dengannya mestilah minimum CGPA 3.00.
  5. Permohonan boleh dikemukakan oleh pelajar dalam tempoh 4 minggu sebelum atau dalam tempoh 6 minggu selepas tarikh pendaftaran kemasukan ke institusi dengan melengkapkan borang dalam talian serta memuat naik salinan dokumen yang telah disahkan benar.
  6. Borang permohonan boleh dibuat secara online di laman web YP di www.yp.org.my.
  7. Senarai Institusi Pengajian Tinggi Awam & Swasta yang diluluskan oleh YP adalah seperti di bawah:
    1. Universiti Malaya (UM)
  8. Universiti Sains Malaysia (USM)
  9. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
  10. Universiti Putra Malaysia (UPM)
  11. Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA)
  12. Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  13. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
  14. Universiti Utara Malaysia (UUM)
  15. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
  16. Universiti Malaysia Sabah (UMS)
  17. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
  18. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  19. Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  20. Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
  21. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
  22. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
  23. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
  24. Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA)
  25. Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
  26. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM)
  27. Universiti Islam Malaysia (UIM)
  28. Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (UNIPSAS)
  29. Kolej Universiti Yayasan Pahang (UCYP)
Scroll to Top