MaRiiCas Rebat Pembelian Motorsikal

MARiiCas atau Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik ialah sebuah skim rebat pembelian atau langganan motosikal elektrik yang diperkenalkan oleh Institut Automotif Robotik Dan IoT Malaysia (MARii) di bawah Belanjawan 2024, bertujuan untuk mendorong masyarakat beralih kepada penggunaan kenderaan berbahan bakar elektrik.

Motor elektrik memberikan kelebihan dalam mengekalkan kesejahteraan alam, mempunyai kos penyelenggaraan yang rendah, tidak mengeluarkan pelepasa gas buang, tidak bergantung kepada bahan api fosil, dan mengurangkan kos penggunaan bahan api.

Berikut adalah sedikit info perkongsian ringkas mengenai Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik (MARiiCas).

JUMLAH INSENTIF

Skim rebat ini ditawarkan menerusi dua (2) kaedah pemberian:

  • Pemberian subsidi secara rebat tunai sebanyak RM2,400 untuk pembelian Motosikal Elektrik ; ATAU
  • Pemberian subsidi secara rebat tunai sebanyak RM200 sebulan selama 12 bulan untuk permohonan langganan Motosikal Elektrik

TEMPOH PERMOHONAN 

Berikut merupakan tempoh permohonan MaRiiCas:

  • Tempoh permohonan MARiiCas dibuka mulai 8 DISEMBER 2023 sehinggalah 31 DISEMBER 2024 ataupun sehingga kuantiti Motosikal Elektrik habis ditebus.
Mariicas

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat kelayakan MaRiiCas:

  • Individu yang berpendapatan tahunan berjumlah RM120,000 ke bawah.
  • Warganegara Malaysia yang berumur 18 dan ke atas.
  • Mempunyai lesen memandu motosikal yang sah (Kategori B, B1, ataupun B2).

CARA MEMOHON

  • Permohonan boleh dikemukakan secara dalam talian di https://insentif.marii.my/user/registerdengan mengikuti langkah-langkah berikut:
    1. Langkah 1: Lawati laman sesawang https://insentif.marii.myuntuk pendaftaran ID Pengguna.
    2. Langkah 2: Klik tekan butang “Daftar” bagi pengguna pertama kali. Lengkapkan maklumat terkini pemohon seperti nama, no kad pengenalan dan maklumat diri.
    3. Langkah 3: Pengguna akan menerima e-mel verifikasi. Pengguna boleh juga menyemak pada tab e-mel spam sekiranya e-mel verifikasi tidak dihantar ke tab utama e-mel.
    4. Langkah 4: Setelah selesai pendaftaran, pengguna hendaklah log masuk kembali untuk proses permohonan MARiiCas.
    5. Langkah 5: Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan.
    6. Langkah 6: Bayaran perkhidmatan** dan pengesahan identiti pemohon sebanyak RM10 akan dikenakan bagi setiap permohonan.
    7. Langkah 7: Pengguna akan menerima e-mel pengesahan permohonan.
    8. Langkah 8: Pengguna boleh membuat semakan keputusan dengan log masuk pautan https://insentif.marii.mydalam tempoh 14 HARI BEKERJA selepas tarikh permohonan lengkap dilakukan. **Nota: Bayaran tidak akan dikembalikan. Nama pemohon hendaklah sama dengan pemilik bank akaun pembayaran.
  • Dokumen sokongan yang diperlukan adalah:
    1. Salinan kad pengenalan;
    2. Salinan dokumen berkaitan pendapatan tahunan:
      • Bagi yang bekerja
        1. Slip gaji disahkan majikan beserta cop syarikat ATAU borang EA ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
      • Bagi yang bekerja sendiri
        1. Muatnaik borang pengesahan pendapatan ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
      • Bagi pesara
        1. Pesara kerajaan – slip pencen dan kad pesara ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
        2. Pesara swasta – borang pengesahan pendapatan ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
      • Bagi pelajar
        1. Kad Pelajar; dan
        2. Muat turun borang pengesahan pelajar ATAU surat kelulusan Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
    3. Mempunyai lesen memandu motosikal yang sah (Kategori B, B1 atau B2) 
  • Pemohon akan menerima e-mel pengesahan dan boleh memuat turun kod QR setelah permohonan disemak dan diluluskan untuk menikmati insentif yang ditawarkan bagi tujuan pembelian motosikal elektrik di bawah syarikat pengeluar yang disahkan.
  • Kod QR tersebut sah untuk diguna pakai dalam tempoh 30 hari dari tarikh ia dikeluarkan. Setelah tamat tempoh tersebut, pemohon hendaklah melakukan permohonan semula untuk mendapatkan kod QR baru yang sah.
  • Untuk pertanyaan lanjut berkaitan proses pendaftaran, sila e-mel kepada insentif@marii.my  

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai MaRiiCas, sila layari Portal Manfaat di pautan berikut:

Scroll to Top