Persekutuan Pengakap Malaysia kini sedang membuka kekosongan jawatan yang pelbagai untuk memperkukuhkan lagi operasinya.
Pengambilan ini adalah terbuka kepada warganegara Malaysia yang berminat dan berkelayakan.
Berikut adalah maklumat jawatan, syarat-syarat kelayakan dan cara memohon bagi jawatan-jawatan yang ditawarkan.
Maklumat Jawatan Persekutuan Pengakap Malaysia
- SETIAUSAHA EKSEKUTIF PENTADBIRAN
- Gaji Permulaan: RM3,000 – RM4,000
- PENOLONG SETIAUSAHA EKSEKUTIF PENTADBIRAN
- Gaji Permulaan: RM2,500 – RM3,000
- PEMBANTU TADBIR
- Gaji Permulaan: RM1,800



Syarat-syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur tidak kurang dari 22 atau 25 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan (mengikut jawatan);
- Kelayakan akademik boleh dirujuk di hebahan rasmi kekosongan jawatan.
Cara Memohon
Kepada pemohon yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan, permohonan kekosongan jawatan boleh dibuat seperti mana yang dinyatakan di dibawah.
Pemohon dikehendaki menghantar surat permohonen melalui e-mel:
- jawatankosong@scouts.my
Semua permohonan mesti dilampirkan dengan Resume/CV, salinan Kad Pengenalan, salinan sijil akademik dan transkrip berkaitan yeng telah disahkan kepada:
- KETUA PEGAWAI OPERASI, Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia, Rumah B-P, Jalan Hang Jebat, 50150 Kuala Lumpur
Pemohon juga perlu memastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar, sahih dan tepat, serta hanya memohon jawatan yang selaras dengan ketetapan syarat-syarat kelayakan setiap jawatan.
Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dipelawa menghadiri sesi temu duga.
Tarikh tutup permohonan jawatan pada 31 OKTOBER 2023 (SELASA)