Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Untuk Pekebun Sabah

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) adalah sebuah inisiatif bantuan kerajaan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) bagi pekebun kecil atau penoreh getah yang berkelayakan semasa musim tengkujuh di Sabah bertujuan untuk meringankan mengurangkan beban kewangan.

Untuk makluman, pada tahun 2023, jumlah dan tempoh bayaran telah ditingkatkan daripada RM 600 kepada RM 800 dan daripada dua bulan kepada empat bulan iaitu pada bulan November 2023 (RM200), Disember 2023 (RM200), Januari 2024 (RM200) dan Februari 2024 (RM200).

Bantuan ini akan terus dilaksanakan pada tahun hadapan, sekiranya terdapat maklumat terbaru yang dikemaskini maka pihak infosingkat juga akan kemas kini dari semasa ke semasa.

Kadar Bayaran

Jumlah bayaran bantuan yang diberikan kepada pekebun kecil dan penoreh getah adalah RM800, di bayar secara berfasa selama empat (4) bulan di mana setiap bulan diberi sebanyak RM200.

Kaedah Pembayaran Bantuan

Semua penyaluran BMT akan dibayar secara pemindahan dana elektronik (Electronic Fund Transfer – EFT) terus ke akaun penerima yang layak oleh Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS).

Kelayakan Menerima Bantuan

  • Pemilik tanah yang mengusahakan ladang getah 
  1. Mesti berdaftar dengan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS)
  2. Keluasan tanah: 15 ekar dan ke bawah
  3.  Tidak berdaftar dan tidak menerima BMT daripada RISDA 
  • Penoreh getah 
  1.  Penoreh getah mestilah masih hidup dan berdaftar dengan LIGS
  2.  Aktif menjual dan mempunyai rekod penjualan getah sehingga bulan September 2021 
  • Penama 
  1. Hanya dibayar kepada wakil sekiranya penama telah meninggal dunia pada tahun 2019 atau tahun berikutnya
  2. Wakil perlu mengisi borang wakil dengan lengkap (borang wakil boleh didapati di pejabat LIGS terdekat)

Cara Memohon BMT

  • Permohonan & Pengemaskinian maklumat untuk Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) 2023 boleh dibuat pada bila-bila masa dengan mengisi Borang Pekebun Kecil dan hantar ke pejabat daerah LIGS yang berdekatan
  • Sila hubungi talian 08-821-2311untuk maklumat lokasi pejabat LIGS daerah yang berdekatan dengan lokasi pemohon

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi Lembaga Industri Getah Sabah

Scroll to Top