BANTUAN MANGSA SERANGAN BINATANG BUAS

BANTUAN MANGSA SERANGAN BINATANG BUAS adalah bantuan yang diberikan melalui Jabatan Kebajikam Masyarakat dengan nilai maksimum sehingga RM10,000.

Tabung Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas adalah satu tabung di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi membantu meringankan beban mangsa atau keluarga mangsa akibat serangan binatang buas.

Berikut adalah sedikit info ringkas berkaitan dengan bantuan yang disebut ini.

TABUNG BANTUAN MANGSA SERANGAN BINATANG BUAS

Kumpulan Wang Amanah Bantuan Mangsa Serangan Binatang Buas, KPWKM ditubuhkan melalui Surat Ikatan Amanah di bawah Seksyen 10, Akta Tatacara Kewangan 1957 [Akta 61]. Surat Ikatan Amanah telah dikemaskini pada 19 November 2021.

Kumpulan Wang ini adalah bertujuan untuk menyalurkan pembiayaan bagi tujuan memberi bantuan kewangan kepada mangsa serangan binatang buas atau waris terdekat mangsa serangan binatang buas.

Binatang buas ialah hidupan liar atau hidupan akuatik yang berbahaya dan berbisa serta yang boleh mengancam, menyerang dan mengakibatkan kecederaan atau kematian kepada manusia.

Kadar Bantuan

  1. Kadar minima RM200
  2. Bayaran penuh sebanyak RM10,000 bagi kes yang melibatkan kematian.
  3. Kadar bayaran bagi kehilangan upaya sebahagian dan kekal bergantung kepada tahap kecederaan.
  4. Kategori kecederaan dan jenis binatan buas akan disahkan oleh PERHILITAN/Jabatan Perikanan.

SYARAT KELAYAKAN

Mangsa atau waris mangsa serangan
binatang buas yang telah dikategorikan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara seperti berikut:-

  • Gajah
  • Seladang
  • Babi Hutan
  • Beruang
  • Harimau
  • Ular Sawa
  • Ular-ular Berbisa
  • Primat (Beruk, Kera Siamang, Ungka, Lotong & Kongkang)
    *Buaya

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan sila ikut langkah berikut:

  • Hadir ke pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat yang terdekat
  • Seterusnya nyatakan urusan dan isi borang yang diperlukan bersama lampirkan dokumen yang berkaitan
  • Pastikan juga lampiran dokumen berkaitan dengan laporan perubatan dari pihak hospital semasa membuat permohonan ini

Maklumat Lanjut

Untuk ketahui lebih lanjut sila layari laman rasmi JKM dengan klik pautan berikut:

Scroll to Top