BANTUAN ELAUN PEKERJA ORANG KURANG UPAYA (EPOKU)

Bantuan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) ini adalah inisiatif pihak kerajaan dalam mengurangkan beban ekonomi kepada pekerja OKU.

Elaun ini diberikan dan diluluskan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat berdasarkan syarat tertentu yang ditetapkan.

Berikut adalah maklumat ringkas berkaitan EPOKU ini.

ELAUN PEKERJA ORANG KURANG UPAYA (EPOKU)

Elaun Perkerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) diberikan untuk menggalakkan OKU terus bekerja, serta mampu hidup berdikari dan menjadi ahli masyarakat yang
produktif.

Bantuan elaun pekerja orang kurang upaya

Kadar Bantuan

Bantuan elaun ini akan memberi RM450 sebulan seorang.

Syarat Kelayakan Khusus

  1. Warganegara, bermastautin dan bekerja di Malaysia;
  2. Berumur 16 tahun dan ke atas;
  3. Pemegang kad OKU JKM;
  4. Pendapatan bulanan RM 1,500.00 dan ke bawah;

Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3-jadual kesembilan Senarai Perundangan.

Cara Membuat Permohonan

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti:

  1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon;
  2. Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama;
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama;
  4. Salinan penyata gaji (jika ada); dan
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan

BORANG YANG BERKAITAN

  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan
  3. Borang Permohonan Pendaftaran OKU pindaan 2019  

TEMPOH MASA PERMOHONAN EPOKU

  • Tempoh masa permohonan Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) adalah bergantung kepada proses semakan dan kelulusan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  • Permohonan EPOKU akan diproses dalam tempoh tiga bulan dari tarikh permohonan diterima.
  • Sekiranya permohonan diluluskan, bayaran EPOKU akan dibuat pada bulan berikutnya.
  • Namun, tempoh masa ini mungkin berubah-ubah mengikut keadaan dan faktor-faktor lain seperti jumlah permohonan, ketersediaan sumber kewangan, keadaan semasa dan sebagainya.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat berdekatan anda atau hubungi talian 03 – 8000 8000. Layari laman rasmi JKM disini

Scroll to Top