Bantuan Anak Pelihara Permohonan Dibuka

Bantuan Anak Pelihara adalah sebuah pemberian bantuan tunai di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bertujuan untuk membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik, yatim/yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus tinggal di dalam masyarakat bersama-sama dengan keluarga pelihara.

Bantuan Anak Pelihara

Bantuan Anak Pelihara juga bertujuan untuk meringankan tanggungan keluarga pelihara yang sanggup menjaga anak-anak pelihara seperti anak sendiri.

Kadar Bantuan

Kadar bagi BAP ialah minimum sebanyak RM250 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM500 sebulan sekeluarga yang memelihara dua (2) orang kanak-kanak atau lebih.

Syarat Kelayakan

  • Keluarga yang sedang memberi jagaan kepada anak/kanak-kanak seperti berikut: 
  1. Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun; 
  2. Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa; atau 
  3. Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 
  • Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui: 
  1. Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau 
  2. Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001 

Cara Memohon

  • Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara:
  1. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon 
  2. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak 
  • Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti: 
  1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon; 
  2. Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama; 
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama; 
  4. Salinan penyata gaji (jika ada); dan 
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan 
  • Pemohon boleh melengkapkan borang berikut: 
  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan atau
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan 

Info Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Rasmi JKM

Scroll to Top