Bantuan Am Persekutuan

Bantuan Am Persekutuan adalah sebuah pemberian bantuan tunai di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada individu/keluarga kurang berkemampuan dan berkeperluan bertujuan untuk meneruskan kelangsungan dan kesejahteraan kehidupan dalam komuniti.

Kadar Bantuan

Kadar bayaran Bantuan Am Persekutuan: Minimum sebanyak RM100 sebulan seorang dan maksimum sebanyak RM350 sekeluarga.

Nota: Setiap negeri mempunyai Skim Bantuan Am Negeri yang tersendiri. Syarat-syarat kelayakan dan kadar bantuan adalah tidak seragam dan had bantuan berbeza setiap negeri. Permohonan boleh dilakukan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian yang terdekat.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara dan bermastautin di Wilayah Persekutuan
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi:
  1. Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) purata miskin isi rumah semasa; atau
  2. PGK purata miskin Per Kapita Semasa 
  • Golongan yang memerlukan dan keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah mana-mana skim bantuan bulanan JKM lain 

Cara Memohon

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi pihak seperti di pautan* berikut: 

  1. Pejabat Kebajikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  2. Pejabat kebajikan Wilayah Persekutuan Labuan
  3. Pejabat Kebajikan Wilayah Persekutuan Putrajaya 

*Nota: Digalakkan menggunakan pelayar Mozilla Firefox untuk melayari pautan berikut

Info Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Rasmi JKM

Scroll to Top