Bantuan Alat Sokongan

Bantuan Alat Sokongan atau Alat Tiruan adala bantuan dan inisiatif dari pihak Jabatan Kebajikan Masyrakat bagi mengurangkan beban individu yang terkesan.

Untuk melihat maklumat mengenai bantuan ini, sedikit perkongsian dibawah adalah untuk pengetahuan pembaca.

Bantuan Alat Sokongan

Bantuan Alat Sokongan ini bertujuan membantu kumpulan sasar JKM yang kurang berkemampuan dan berkeperluan untuk membeli anggota palsu atau alat sokongan seperti yang disyorkan oleh Pegawai atau Pengamal Perubatan (kerajaan/ swasta) atau Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan.

Bantuan ini membolehkan kumpulan sasar JKM meningkatkan keupayaan dan mobiliti bagi menjalani kehidupan.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan adalah mengikut harga sebenar yang telah ditetapkan.

Syarat Kelayakan

  1. Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  2. Kumpulan sasar JKM;
  3. Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa;
  4. Disyorkan oleh pegawai atau pakar perubatan (kerajaan/ swasta)/ Pegawai JKM mengikut jenis ketidakupayaan;  

Nota:
Sumbangan daripada keluarga membiayai sebahagian dari kos alat tiruan/ alat sokongan adalah digalakkan.

Jenis Alat Sokongan

  • Anggota Palsu
  • Kerusi Roda
  • Alat Bantu Pendengaran
  • Alat-alat Keperluan Lain
  • Penggantian / Baik Pulih Alat

Cara Memohon

Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara. 

Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak.

Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian seperti :- 

  • Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  • Salinan Kad Pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  • Salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  • Salinan penyata gaji (jika ada) 
  • Lain-lain dokumen yang berkaitan.

Sila muat turun borang yang berkenaan untuk memohon dan sertakan dengan dokumen-dokumen yang diperlukan:- 

BORANG YANG BERKAITAN :-

JKM 18 Borang Permohonan Bantuan
JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

Untuk keterangan lanjut mengenai bantuan yang telah dipohon, sila hubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Bahagian/Jajahan di mana permohonan bantuan ini dibuat atau hubungi ibu pejabat JKM.

Scroll to Top