Permohonan Bantuan Warga Negeri Perak 2024


Permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal kini dibuka oleh Majlis Agama Islam dan ‘Adat Melayu Perak (MAIPk) untuk pelajar tingkatan 4 dan 5 dalam sesi persekolahan 2024.

Bantuan kewangan melalui Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk diperuntukkan kepada asnaf FAKIR MISKIN.

Bagi yang berminat untuk memohon Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal Perak, disarankan untuk membaca dengan teliti syarat-syarat yang telah ditetapkan sebelum menghantar permohonan. Tempoh permohonan berlangsung dari 15 Februari 2024 hingga 20 Mac 2024 (RABU).

Syarat-syarat Permohonan

Pelajar yang ingin memohon Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk perlu memenuhi syarat kelayakan berikut:

  1. Pelajar warganegara Malaysia yang beragama Islam;
  2. Pelajar lahir dan menetap di negeri Perak atau telah bermastautin di negeri Perak;
  3. Pendapatan bulanan ibu dan bapa atau tidak melebihi had kifayah (Fakir Miskin);
  4. Pelajar tingkatan 4 dan 5 bagi sesi persekolahan tahun 2024 daripada Sekolah Menengah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan (tidak termasuk Kolej Vokasional) yang cemerlang dalam bidang kokurikulum tahun semasa berdasarkan merit; dan
  5. Tidak mendapat biasiswa atau bantuan persekolahan daripada mana-mana agensi.
Permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal

Senarai Semak Dokumen Yang Perlu Dilampirkan

  1. Borang permohonan yang telah dilengkapkan;
  2. Salinan kad pengenalan pemohon dan semua ahli isi rumah;
  3. Salinan penyata pendapatan (slip gaji atau pengesahan pendapatan daripada penghulu) ibu/bapa atau penjaga ;
  4. Salinan sijil nikah/ cerai/ kematian (jika berkaitan);
  5. Salinan surat pengesahan sakit oleh Pegawai Perubatan Kerajaan (jika berkaitan);
  6. Salinan keputusan peperiksaan akhir tahun 2023; dan
  7. Salinan Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Cara Memohon

Borang juga boleh diperolehi melalui pautan https://bit.ly/biasiswamaipk atau imbas kod QR dalam poster yang dinyatakan sebelum ini.

Borang permohonan juga boleh diperlehi  di pejabat-pejabat pentadbiran MAIPk yang berdekatan dan hantarkan borang yang telah lengkap diisi beserta dokumen-dokumen yang diperlukan ke pejabat pentadbiran MAIPk terdekat atau pos ke alamat berikut:

Unit Pemerkasaan Asnaf, Bahagian Agihan Zakat,
Aras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
30000 Ipoh, Perak.

Prosedur Mengisi Borang

  1. Borang ini mesti diisi dengan menggunakan HURUF BESAR. 
  2. Setiap permohonan mestilah dibuat atas nama pelajar. 
  3. Hanya borang yang lengkap akan diproses. 
  4. Borang permohonan hendaklah dihantar ke Pejabat Pentadbiran MAIPk Daerah mengikut alamat tempat tinggal. 
  5. Permohonan hendaklah dihantar mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

Info lanjut

Untuk makluman lanjut, sila hubungi nombor talian berikut;

  •  019-5711383 (Unit Pendidikan, MAIPk).

Sumber: Zakat Perak-MAIPk

Bantuan Lain Mahasiswa Untuk Warga Perak (Bantuan Sara Diri)

Bantuan tambahan diberikan untuk menyokong perbelanjaan harian mahasiswa semasa menjalani pengajian di institusi pengajian tinggi. Bantuan ini dikenali sebagai Bantuan Sara Diri.

Syarat Bantuan Sara Diri

1. Anak kelahiran Negeri Perak (Warga Negara Malaysia) seperti berikut:-

◦ Pemohon dan ibu atau bapa lahir di luar Negeri Perak tetapi telah bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung); atau

◦ Pemohon dan ibu atau bapa yang lahir di Negeri Perak tetapi beralamat di luar Negeri Perak dan telah bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun. (Surat pengesahan bermastautin daripada Penghulu atau Ketua Kampung)

2. Sedang melanjutkan pengajian SEPENUH MASA dalam SEMESTER KEDUA DAN KE ATAS di peringkat DIPLOMA, IJAZAH SARJANA MUDA, IJAZAH SARJANA (MASTER) dan IJAZAH DOKTOR FALSAFAH (PhD) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

3. Open Universiti Malaysia (OUM) tidak layak untuk memohon bantuan ini.

5. Isirumah (Ibu dan Bapa / Pemohon / Pasangan) keluarga berpendapatan RM3,000 dan kebawah (gaji pokok). Salinan pendapatan sendiri atau pasangan perlu dikemukakan sekiranya pemohon telah bekerja / berkahwin.

6. Memperolehi PNG/GPA 3.0 dan ke atas.

7. Bantuan akan diberikan sekali setahun sahaja bagi setiap pelajar mengikut peringkat pengajian.

Dokumen Yang Diperlukan

1. Salinan KAD PENGENALAN (Mykad) pelajar, ibu dan bapa atau penjaga yang lahir di Perak.

2. Salinan KAD PELAJAR.

3. Salinan PENYATA AKAUN bank pelajar.

4. Salinan Surat Pengesahan Bermastautin/ Surat Kematian dan Surat Bercerai (jikaberkaitan).

5. Salinan Transkrip Keputusan Peperiksaan Terkini.

6. Penyata pendapatan (isirumah) bapa & ibu / penjaga. Sekiranya pesara, sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri, sila dapatkan pengesahan pendapatan.

7. Borang Perakuan: Borang perakuan ini boleh dimuat turun di laman web EHEYNS dan wajib disertakan bersama-sama dokumen yang diperlukan.

*Dokumen permohonan mestilah dimuat naik di dalam format PDF.

*Semua dokumen perlu disahkan oleh PENGHULU / KETUA KAMPUNG / WAKIL RAKYAT / PEGAWAI KERAJAAN KELAS A / PEGAWAI HAL EHWAL PELAJAR (HEP) IPT.

*Dokumen-dokumen berikut perlu DIHANTAR ke PEJABAT PENGERUSI JAWATANKUASA PENDIDIKAN, PENGAJIAN TINGGI, BELIA & SUKAN NEGERI PERAK melalui POS / SERAHAN KAUNTER selepas membuat permohonan secara online.

*PERMOHONAN YANG TIDAK LENGKAP ATAU TIDAK DISERTAKAN DOKUMEN SELEPAS PERMOHONAN SECARA ONLINE AKAN DITOLAK. DOKUMEN YANG DIHANTAR TIDAK AKAN DIKEMBALIKAN.

Untuk mengetahui bantuan ini secara lebih lanjut sila layari halaman rasmi di SINI

Bantuan RM200 Untuk Mahasiswa Perak

Bantuan sebanyak RM200 untuk mahasiswa Perak melalui Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak.

Bantuan ini bertujuan untuk:

  • Memberi kesedaran dan menggalakkan rakyat untuk membuat simpanan bagi kegunaan anak apabila melanjutkan pengajian di universiti.
  • Mendidik kita supaya tidak terlalu bergantung kepada skim pinjaman pengajian tinggi.
  • Mengurangkan tanggungan beban hutang pendidikan yang tinggi di kemudian hari.

Kadar Pemberian Bantuan

KADAR PEMBERIAN Melalui Skim Simpanan Pendidikan Tinggi Nasional adalah sebanyak RM200.

Beberapa keistimewaan telah ditawarkan oleh pihak PTPTN antaranya ialah:

1. Merupakan satu cara atau kaedah simpanan yang direka khas oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi tujuan pendidikan tinggi;

2. Menawarkan pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000.00 setahun;

3. Perlindungan takaful secara percuma ke atas pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000.00 dan ke atas;

4. Pemberian Geran Sepadan sehingga RM10,000.00 untuk sebuah keluarga yang layak;
(Syarat keluarga berpendapatan bulanan tidak melebihi RM4,000.00 sebulan layak Geran Sepadan apabila anak diterima dan mendaftar masuk ke IPT)

5. Simpanan serendah RM20.00 sahaja pada bila-bila masa;

6. Kadar dividen yang menarik serta kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan;

7. Kemudahan simpanan melalui potongan gaji.

Perlindungan takaful secara percuma berupa manfaat dan atau khairat kematian hanya layak untuk pendeposit yang berumur 18 hingga 65 tahun. Sementara penerima manfaat yang berumur 1 hari hingga 28 tahun layak mendapat khairat kematian jika berlaku kematian ke atasnya. Walaubagaimanapun, ia tertakluk kepada syarat dan peraturan yang ditetapkan.

Syarat Bantuan Tabung Pendidikan Anak Perak

1. Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak merupakan insentif yang diberikan dalam bentuk simpanan pendidikan untuk masa hadapan anak-anak.

1.1 Penerima manfaat (anak) hendaklah warganegara Malaysia dan kelahiran Negeri Perak mulai 1 Januari 2010 selepas jam 12.00 tengah malam.

1.2 Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak ; atau

1.3 Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi SEDANG beralamat di luar Negeri Perak dan TELAH bermastautin di Negeri Perak lebih daripada 10 tahun ; atau

1.4 Ibu atau bapa kelahiran LUAR Negeri Perak tetapi TELAH bermastautin di Negeri Perak lebih dari 10 tahun.

1.5 Ibu atau bapa kelahiran Negeri Perak tetapi ANAK LAHIR DI DAERAH YANG BERSEMPADAN dengan Negeri Perak (Hospital Bersalin terletak di Pulau Pinang, Kedah dan Selangor).

  • Bagi permohonan di para 1.3, dan 1.4, SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN DI NEGERI PERAK LEBIH 10 TAHUN dari Penghulu Mukim / Ketua Kampung.
  • Bagi permohonan di para 1.5, SURAT PENGESAHAN BERMASTAUTIN DI NEGERI PERAK LEBIH 10 TAHUN dari Penghulu Mukim / Ketua Kampung diperlukan.

2. Pendapatan (isirumah) di bawah RM 7,500 sebulan (mulai 1 Januari 2023).

3. Sila sertakan SALINAN SIJIL KELAHIRAN atau SALINAN MYKID, SALINAN KAD PENGENALAN (MYKAD) IBU atau BAPA yang lahir di Perak dan SALINAN PENYATA PENDAPATAN (isirumah) yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas. Sekiranya bekerja sendiri, sila dapatkan PENGESAHAN PENDAPATAN daripada Penghulu / Ketua Kampung kawasan masing – masing.

4. Sila sertakan bersama BORANG PERMOHONAN PEMBUKAAN AKAUN SIMPANAN (SSPN) yang siap diisi.

5. Permohonan yang TIDAK LENGKAP atau TIDAK DISERTAKAN DOKUMEN yang diperlukan akan DITOLAK.

6. Dokumen yang dihantar tidak akan dikembalikan.

Dokumen Yang Diperlukan

1. Salinan sijil kelahiran atau MYKID, kad pengenalan bapa atau ibu yang lahir di Perak.

2. Penyata pendapatan (isirumah) bapa & ibu / penjaga yang disahkan oleh Pegawai daripada Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 / Gred 3, Kumpulan A ke atas dan sekiranya pesara sila kepilkan salinan penyata pencen bulanan atau jika bekerja sendiri sila dapatkan pengesahan pendapatan daripada Penghulu / Ketua Kampung kawasan masing-masing.

3. Sila sertakan bersama borang permohonan pembukaan akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang siap diisi.

4. Permohonan yang TIDAK LENGKAP atau TIDAK DISERTAKAN dokumen yang diperlukan akan DITOLAK.

Kemudahan Simpanan SSPN-i

  1. Perbankan Internet
  2. JomPAY
  3. Kaunter Ejen PTPTN
  4. e-pay
  5. ATM/CDM/CICO

Klik di SINI untuk keterangan lebih lanjut.

Klik SINI untuk SOALAN LAZIM.

Scroll to Top