Jumlah Bayaran STR 2024 Fasa 1

Jumlah bayaran STR 2024 Fasa 1 mengikut kategori. Sumbangan Tunai Rahmah 2024 (STR) adalah sebuah inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) di bawah Belanjawan MADANI Kedua (Belanjawan 2024) bagi membantu golongan yang kurang berkemampuan bertujuan untuk menghadapi cabaran kos sara hidup.

Permohonan STR telah dibuka sepanjang tahun sejak 1 November 2023 dan boleh dikemukakan pada bila-bila sehingga tarikh kemaskini dan permohonan ditutup.

Syarat Kelayakan

Berikut adalah senarai kelayakan individu warganegara untuk STR 2024:

Kategori individu Isi Rumah

  • Kahwin; atau 
  • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

Kategori Warga Emas Tiada Pasangan

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan 
  • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
  • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah

Kategori bujang

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan 
  • Had umur adalah 21-59 tahun; dan 
  • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19-59 tahun; dan 
  • Bukan pelajar IPTA/IPTS sepenuh masa*; dan 
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah

Nota: Individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas termasuk OKU berumur 19-59 tahun yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak/tanggungan permohonan isi rumah dan tidak dibenarkan membuat permohonan sebagai individu bujang

Nilai Bantuan STR 2024

Menurut Belanjawan 2024 yang diumumkan oleh Kementerian Kewangan, berikut adalah jumlah bantuan STR 2024:

  • Pendapatan Isi Rumah : Kurang daripada RM2,500 sebulan
    • RM2,500 : 5 Anak Atau Lebih
    • RM2,000 : 3 – 4 Anak
    • RM1,500 : 1 – 2 Anak
    • RM1,000 : Tiada Anak
  • Pendapatan Isi Rumah : RM2,501 – RM5,000
    • RM1,250 : 5 Anak Atau Lebih
    • RM1,000 : 3 – 4 Anak
    • RM750 : 1 – 2 Anak
    • RM500 : Tiada Anak
  • Warga Emas Bujang
    • RM600
  • Bujang (Pendapatan durang daripada RM2,500)
    • RM350

Nilai Bayaran STR 2024 Fasa 1

Nilai bayaran STR 2024 adalah bergantung kepada kelayakan bayaran pada fasa permohonan yang telah diluluskan.

Nilai bayaran yang akan diterima oleh penerima STR adalah secara berfasa mengikut kategori kelayakan bagi setiap fasa permohonan.

Secara ringkas jadual nilai bayaran adalah seperti berikut:

KATEGORI ISI RUMAH

Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah (tiada had umur)

  • Tiada anak : RM500
  • 1-2 anak : RM500
  • 3-4 anak : RM500
  • 5 anak atau lebih : RM500

KATEGORI ISI RUMAH

Pendapatan Isi Rumah RM2500 – RM5000 (tiada had umur)

  • Tiada anak : RM100
  • 1-2 anak : RM150
  • 3-4 anak : RM250
  • 5 anak atau lebih : RM300

BUJANG / WARGA EMAS TIADA PASANGAN

  • Pendapatan Bujang bawah RM2500 (Berumur 21-59 tahun / OKU berumur 19-59 tahun) : RM150
  • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan RM5000 ke bawah (Berumur 60 tahun ke atas) : RM150

Tarikh Bayaran STR 2024 Fasa 1

Bayaran bagi 4 fasa Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2024 adalah seperti berikut:

  • Fasa 1 : Februari 2024 (*dijangka disalurkan sebelum Ramadan)
  • Fasa 2 : April 2024
  • Fasa 3 : Ogos 2024
  • Fasa 4 : November 2024

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2024 ( https://bantuantunai.hasil.gov.my/ )

Scroll to Top