Bantuan Kanak-Kanak, Mohon Sekarang

Bantuan Kanak-Kanak adalah sebuah bantuan kewangan di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Bantuan ini boleh dimohon melalui dalam talian ataupun ke pejabat kebajikan yang terdekat.

Melalui halaman ini, pihak Infosingkat berkongsi maklumat mengenai bantuan ini, cara permohonan dan syarat kelayakan yang ditetapkan. Semoga bermanfaat.

Bantuan Kanak-Kanak

Bantuan Kanak Kanak adalah sebuah bantuan kewangan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi keluarga atau penjaga kepada anak atau kanak-kanak atau membantu anak atau kanak-kanak yang tiada atau kehilangan penjaga.

Bantuan ini juga bertujuan untuk penjaga atau ibu bapa terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup tanpa menjejaskan pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak mengikut peringkatnya.

Kadar Bantuan

Kadar bagi BKK ialah minimum sebanyak RM150 sebulan seorang sehingga maksimum sebanyak RM1000 sebulan sekeluarga mengikut pecahan berikut:

  • RM200 untuk 6 tahun dan kebawah
  • RM150 untuk 7 tahun hingga 18 tahun
  • RM1000 Maksimum untuk keluarga

Syarat Kelayakan Yang Ditetapkan

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia
  • Keluarga/penjaga yang memberi jagaan kepada kanak-kanak dan pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  • Kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah
  • Remaja berumur 18 tahun ke atas boleh dipertimbangkan jika bersekolah sehingga tamat menengah atas
  • Pelaksanaan bantuan kebajikan adalah selaras dengan Senarai Bersama (Concurrent List) antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri, yang termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah Senarai 3 – Jadual Kesembilan Senarai Perundangan

Cara Membuat Permohonan

  • Pengendalian permohonan bantuan kewangan dibuat di peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian di seluruh negara 
  1. Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian (means-tested) bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon; dan
  2. Urusan ini bersesuaian dengan prinsip penyampaian bantuan yang berdasarkan kepada kelayakan dan bukan hak
  • Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan semasa hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah/Jajahan/Bahagian seperti: 
  1. Salinan Kad Pengenalan diri pemohon
  2. Salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama
  3. Salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Salinan penyata gaji (jika ada)\
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan
  • Pemohon boleh melengkapkan borang berikut:
  1. JKM 18 Borang Permohonan Bantuan atau
  2. JKM 20 Borang Kaji Semula Bantuan

Info Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila layari Laman Rasmi Bantuan Kanak Kanak

Scroll to Top