Pelbagai Jawatan Kosong Di UMK

Universiti Malaysia Kelantan (UMK) kini mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berdedikasi untuk mengisi pelbagai jawatan kosong yang ditawarkan.

Calon hendaklah membuat permohonan berdasarkan maklumat dan kelayakan yang telah ditetapkan. Berikut adalah maklumat terperinci mengenai jawatan yang ditawarkan.

UMK merupakan universiti awam yang ke-19 di Malaysia dan memulakan pengambilan pelajar pada awal Jun 2007. Terkini, universiti ini mempunyai sembilan buah fakulti dan empat pusat tanggungjawab.

Jawatan Kosong UMK

  1. PENSYARAH DS45
    • Jadual Gaji: RM3,070 – RM11,095
  2. PENSYARAH KANAN DS51
    • Jadual Gaji: RM5,855 – RM12,445
  3. PROFESOR MADYA DS53
    • Jadual Gaji: RM6,162 – RM13,235
  4. PROFESOR VK7
    • Jadual Gaji: RM7,676 – RM20,592

Tarikh tutup permohonan pada 29 NOVEMBER 2023.

Syarat Kelayakan Umum

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia;
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan kekosongan;
  • Syarat-syarat kelayakan lebih khusus dan teliti hendaklah dilihat di hebahan rasmi kekosongan jawatan.

Cara Memohon

Kepada pencari kerja berkelayakan yang berminat dengan jawatan-jawatan yang ditawarkan, permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan permohonan seperti mana yang ditetapkan di pengumuman rasmi kekosongan jawatan.

Permohonan bagi jawatan-jawatan ini boleh dibuat secara dalam talian (0nline) di Portal eRecruit UMK.

Hanya calon yang menepati syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dan melepasi tapisan sahaja yang akan dimaklumkan untuk menghadiri temuduga oleh pihak majikan.

Maklumat lebih terperinci (rasmi) dan permohonan boleh dilihat DI SINI.

Scroll to Top