Jawatan Kosong MySTEP

Jawatan kosong MySTEP, permohonan dibuka, bagi mereka yang ingin mencari kerja, permohonan dibuka dan boleh dilakukan melalui dalam talian.

Perkongsian maklumat ini khas untuk calon-calon yang berkelayakan dan pencari kerja. Berikut merupakan maklumat mengenai MySTEP.

Malaysian Short-Term Employment Programme (MySTEP)

Malaysia Short-Term Employment Programme (MySTEP) adalah sebuah inisiatif Kerajaan yang menyediakan peluang pekerjaan jangka pendek (kontrak) di pelbagai Kementerian, Agensi Kerajaan, Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC), Syarikat Pelaburan Berkaitan Kerajaan (GLIC) dan Rakan Strategik di bawah Belanjawan 2023 yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bagi warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas daripada pelbagai latar belakang akademik bertujuan untuk membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan memberi pengalaman kerja bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka.

Pada tahun 2023, MySTEP diteruskan dengan menawarkan 50,000 peluang penempatan pekerjaan yang meliputi 15,000 penempatan di Sektor Awam dan 35,000 penempatan di GLC/GLIC dan Rakan Strategik

Terdapat dua saluran program penempatan di bawah MySTEP iaitu:

  • Penempatan di Sektor Awam; dan
  • Penempatan di GLC, GLIC dan Rakan Strategik

Tempoh Kontrak Perkhidmatan MySTEP adalah:

  • Minimum satu (1) bulan dan maksimum dua belas (12) bulan; dan
  • Tempoh kuatkuasa kontrak tidak melangkau 31 Disember 2023

Penetapan kadar upah sebenar yang ditawarkan adalah berdasarkan jenis dan kompleksiti tugas yang bersesuaian dengan kelayakan akademik berasaskan prinsip kadar upah untuk kerja. Bayaran upah perlu mengandungi elemen caruman kepada PERKESO dan KWSP

Kelayakan

  • Warganegara Malaysia 
  • 18 tahun ke atas
  • Lepasan Sekolah/Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/Lulusan Diploma/Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Keatas
  • Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia/Lulusan Diploma/Lulusan Ijazah Sarjana Muda dan Keatas
  • Bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), pelantikan adalah tertakluk kepada Kementerian masing-masing

Cara Memohon

  • Tempoh perkhidmatan Personel MySTEP hendaklah tidak kurang daripada satu bulan dan tempoh itu hendaklah tidak melebihi tarikh 31 Disember 2023
  • Dokumen yang diperlukan:
    1. CV atau Resume yang saiz fail tidak melebihi 5MB
    2. Sijil Digital Vaksinasi COVID-19 
  • Permohonan MySTEP adalah melalui Portal Rasmi MySTEP

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Laman Rasmi MySTEP

Scroll to Top