Jawatan Kosong Kerajaan Pegawai Keselamatan KP11

Jawatan Kosong Kerajaan di Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, tarikh tutup permohonan pada 4 Disember 2023.

Sebanyak 139 kekosongan ditawarkan untuk dimohon oleh calon dan 1000 simpanan diperlukan.

Berikut merupakan maklumat ringkas berkaitan dengan jawatan ini dan cara memohon.

Maklumat Jawatan Kosong

Nama Majikan: PEJABAT KETUA PEGAWAI KESELAMATAN KERAJAAN MALAYSIA

Jawatan: Pengawal Keselamatan KP11

Lokasi: Semenanjung Malaysia

Tarikh Tutup Untuk Permohonan: 4 DISEMBER 2023

SYARAT LANTIKAN WAJIB

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan

KELAYAKAN LANTIKAN KE GRED KP11 :

  • Kelayakan Masuk: Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) / Penilaian Menengah Rendah (PMR)
  • Bidang/Kelayakan Khusus: Pentaksiran Tingkatan Tiga/Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
  • Gaji Permulaan: KP11: RM1,205.00

ATAU

  • Kelayakan Masuk: Bekas Polis atau Bekas Tentera
  • Bidang/Kelayakan Khusus:bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel Polis Sokongan atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
  • Gaji Permulaan: KP11: RM1,205.00

DAN

  • Syarat Lantikan Tambahan: mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti berikut:
    • tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
    • berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
    • mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
    • mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
    • lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
    • pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
    • diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
  • Syarat Bahasa Melayu: Kepujian di peringkat PT3/PMR

Ringkasan tugas

Bertanggungjawab melaksanakan tugas kawalan keselamatan aset kerajaan melibatkan keselamatan fizikal, dokumen dan personel di bangunan dan premis kerajaan termasuk kawasan-kawasan yang diisytiharkan sebagai Kawasan Larangan dan Tempat Larangan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959 (Akta 298).

Cara Memohon

  • Proses melakukan permohonan jawatan kosong di Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia ini dilakukan secara dalam talian.
  • Untuk proses permohonan jawatan kosong di Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia, sila klik pada pautan yang tertera dibawah (MOHON DI SINI).
  • Pemohon yang baharu perlu mendaftar sebelum memasukkan apa-apa maklumat yang diperlukan ke dalam sistem.
  • Pemohon perlulah mengemaskini maklumat terkini mereka yang yang diperlukan ke dalam sistem.
  • Hanya calon yang layak yang akan dijemput ke proses temuduga.

KLIK DISINI: MOHON DI SINI

Iklan Rasmi Jawatan

Scroll to Top